Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza 12: Pertama Kali Dapat Lagu Tagalog, Mark Adam Anggap Pemilihan Lagu Adil - "Selama Ini Saya Nyanyi Bahasa Melayu"

Mark Adam

Sekilas

  • Mark Adam dari Gegar Vaganza musim ke-12 mengakui menghadapi kesukaran menyebut beberapa perkataan dan menghafal lirik lagu Bahasa Melayu kerana faktor usia dan gugup.
  • Mark merasa pemilihan lagu Tagalog 'Anak' untuk minggu separuh akhir adalah adil kerana sebelum ini dia sering menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu.
  • Gegar Vaganza 12 masih mengekalkan juri Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS, serta dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria.

Bintang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Mark Adam mengakui berdepan kesukaran menyebut beberapa perkataan ketika menyampaikan lagu Bahasa Melayu.

Menurutnya, faktor usia turut menyukarkan dirinya untuk menghafal lirik dan persembahan, terutama jika dia berada dalam keadaan gugup.

"Ada perkataan yang susah nak sebut. Sebutan saya banyak lari seperti mimpi jadi mimbi. Bila umur dah meningkat, susah sikit nak menghafal lirik dan persembahan. Dia bercampur juga dengan perasaan gemuruh," katanya kepada Gempak.

Mark berkata demikian selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam masa sama, Mark turut menyifatkan pemilihan lagu Tagalog 'Anak' nyanyian Freddie Aguilar bagi minggu separuh akhir sebagai adil memandangkan selama ini dia sering membawa lagu Bahasa Melayu.

"Pertama kali dapat lagu bahasa sendiri dan bagi saya ia adil untuk semua sebab selama ini saya nyanyi dalam Bahasa Melayu," ujarnya

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement