,
Berita

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Kedua

Amri Hassan
07/04/2018
18:25 MYT
Konsert kedua Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Juk Juk Mendengarnya, 11 bintang GGV2 menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.
Rabithah yang menyampaikan lagu Semangat Yang Hilang menjadi bintang pertama yang tersingkir manakala Adeep Nahar yang menyampaikan lagu Hijau dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kaseh kategori lagu sejuk lagi menusuk atas persembahan mereka yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Manakala, Fitri Haris diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.
Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk AC Mizal sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Adeep Nahar - Hijau (88%) "Saya terkejut ada penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Hijau tanpa dibayangi Datuk Zainal Abidin. Tempo dan ekspresi anda terbaik," - Datuk AC Mizal
Brothers - Kekasih Awal Dan Akhir (77%) "Kepaduan suara Brothers tak boleh diragui, feel telah mengaburi segala kelemahan," - Farihin Abdul Fattah
Heliza & Hazwani Helmi - Standing In The Eyes Of The World (72.6%) "Semua persembahan minggu ini sangat bagus sampai saya mengalirkan air mata. Saya bangga dengan montaj misi kemanusiaan anda berdua," - Oki Setiana Dewi
Awi Rafael - Lailahaillaallah (71.67%) "Anda telah membawa muzik ini ke nuansa baru dan vokal yang 'edgy', anda patut teruskan usaha ini," - Farihin Abdul Fattah
Farah Asyikin - Hitam Putih Kehidupan (70.67%) "Teknik vokal, pernafasan dan persembahan yang bagus. Penghayatan juga terbaik," - Datuk AC Mizal
Ippo Hafiz - Rapuh (67.67%) "Baru pertama kali saya lihat penyanyi yang ada vokal berkarakter! Cara nyanyian anda bagus dan saya suka gaya anda," - Datuk AC Mizal
Fitri Haris - Malaikat (68%) "Terasa lebih selesa daripada minggu lepas. Terasa sweet juga, namun perlu masa untuk memahami lakonan," - Oki Setiana Dewi
In Team - Kau Satu-Satunya (67%) "Secara peribadi rasa ada yang kurang, lirik begitu mendalam," - Oki Setiana Dewi
Devotees - Sempurna (61%) "Tone yang manis dan sangat sesuai cuma kedengaran tercungap-cungap," - Farihin Abdul Fattah
Mestica - Surat Cinta Untuk Starla (57.3%) "Intro best tapi momentum terganggu apabila ada sketsa. Ia tak relevan, less is more! Ada beberapa bahagian saya dengar seperti dangdut," - Farihin Abdul Fattah
Rabithah - Semangat Yang Hilang (57%) "Semangat yang luar biasa dan jiwa-jiwa muda. Saya suka dengan tenaga luar biasa ," - Oki Setiana Dewi
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.