Skip to main content

Viral

Guru Indonesia Tular Kongsi ‘Selera Pelik’, Sarapan & Lauk Dengan Bunga Segar

makan_bunga

Makanan atau minuman berasaskan bunga bukan perkara baharu. 

Mawar misalnya sudah lama dijadikan bahan untuk sirap, kek dan aiskrim, manakala bunga telang pula digunakan sebagai pewarna nasi kerabu serta dipercayai mempunyai khasiat kesihatan.

Advertisement

Namun, seorang guru sekolah rendah dari Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia mencetuskan perhatian apabila menjadikan bunga segar sebagai hidangan utama.

Melalui akaun Instagramnya, @diandraspd, wanita yang dikenali sebagai Umi itu kerap berkongsi video menikmati pelbagai jenis bunga dengan penuh selera.

Sarapan Dengan Mawar & Melati

Dalam salah satu videonya, Umi mengumpulkan bunga mawar, bunga raya, melati dan kemboja di dalam pinggan untuk dijadikan sarapan pagi.

“Jemput makan semua. Bunga melati bagus untuk jantung. Mawar putih sedap rasanya seperti jambu air,” katanya berselera.

Ada juga video lain yang memaparkan dia mencampurkan kelopak mawar merah dan putih ke dalam segelas susu.

“Sekarang waktu rehat, jadi sudah masanya untuk makan. Makan bunga mawar baik untuk sistem imunisasi tubuh,” dakwanya.

Jadi Lauk Nasi Goreng & Bubur

Tidak sekadar minuman, Umi turut menjadikan bunga sebagai lauk bersama nasi goreng dan bubur.

“Hari ini saya makan nasi goreng bersama bunga mawar. Rasanya sangat nikmat dan sedap. Kalau anda tidak berani makan kelopak bunga mawar, boleh cuba makan dengan nasi,” katanya.

Bagi Umi yang dianggarkan berusia 40-an, bunga juga didakwa baik untuk kecantikan.

“Selain harum, bunga kemboja sangat baik untuk memelihara kecantikan kulit wajah,” jelasnya.

Netizen Anggap Aneh & Jijik

Tindakan Umi bagaimanapun menerima reaksi bercampur. Ada yang menyifatkan seleranya pelik dan menjijikkan, malah tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar usaha mencari perhatian di media sosial.

“Cuma gara-gara konten sahaja, sanggup makan bunga,” tulis seorang netizen.

“Cari sensasi. Hakikat sebenar rasa bunga tidak sedap,” komen seorang lagi.

Must-Watch Video