Berita
GV 3 Dah Berakhir, Tapi Peminat Tak Boleh Move On Dengan Fesyen Siti Sarah
Program realiti paling popular, Gegar Vaganza (GV) musim ketiga sudahpun melabuhkan tirainya pada malam Ahad.
Bagaimanapun, peminat dan pengikut setia GV masih belum move-on dan masih memperkatakan tentang busana yang disarung pemenang tempat kedua GV 3, Siti Sarah Raissuddin.
Selama lapan minggu di pentas GV 3, fesyen dan penampilan Siti Sarah tidak pernah mengecewakan malah ia juga dilihat sama gah dengan persembahannya pada setiap konsert.
Untuk pengetahuan semua, Siti Sarah mempunyai team yang kuat untuk memastikan dia kelihatan cantik dan sempurna pada setiap minggu.
Hatta Dolmat merupakan pereka yang bertanggungjawab menyiapkan semua busana yang disarung Siti Sarah sepanjang lapan minggu berada di pentas GV 3.
Hatta ketika ditemui Astro Gempak berkata, impak dan tekanan GV 3 tidak hanya kepada para peserta malah pereka fesyen dan pasukan lain di belakang tabir juga terkena tempiasnya.
“Satu cabaran yang besar kepada saya apabila perlu menyiapkan busana yang perlu disarung Siti Sarah dalam masa kurang dari seminggu.
“Saya hanya akan membuat baju Sarah selepas konsep mingguan diumumkan. Mujur saya ada pasukan yang kuat, jadi kami mampu menyiapkan baju Siti Sarah dalam masa lima hari sahaja.
“Ada masa atau tidak saya mesti siapkan juga pada hari Sabtu kerana Siti Sarah perlu menyarung bajunya itu untuk raptai penuh.
“Tak cukup tidur tak apa, asalkan Siti Sarah nampak cantik dan saya puas,” katanya.
Tambah Hatta lagi, dia sudah lama mengenali Siti Sarah dan tidak susah untuk bekerjasama dengan penyanyi berbakat besar itu.
“Saya terus menyatakan persetujuan bila Siti Sarah mahu jalinkan kerjasama kerana saya percaya bakat yang ada pada dia akan lebih terserlah jika diberikan penataan gaya yang betul di pentas persembahan.
“Kita juga perlu berterima kasih kepada Epie Temerloh yang saban minggu menata rias wajah Siti Sarah mengikut konsep pakaian dan konsert mingguan dan pendandan rambut Kim Mansor kerana tidak pernah kering idea untuk memberikan yang terbaik,” ujarnya.
Selain Siti Sarah, Hatta turut menyiapkan busana kepada pengacara Jihan Muse dan Zarul Umbrella pada konsert akhir GV 3.
Terkini, Hatta tampil dengan jenama wangian Beetle Pour Homme untuk lelaki dan Petals Eau de Parfum bagi wanita.
Kelahiran Petals dan Beetle sekaligus menjadikan Hatta pereka fesyen pertama di Malaysia mempunyai rangkaian minyak wangi dengan jenama sendiri.
Kedua-dua wangian yang diperbuat dan diimport dari Switzerland ini telah didaftarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual dengan harga RM65 dan telah dibuka untuk pembelian bermula 18 November lepas di www.mitiiga.com/ sebelum diedarkan menerusi stokes di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Jom kits tengok koleksi baju rekaan Hatta Dolmat yang meletop disarung Siti Sarah sepanjang GV 3 kat bawah ni:
Foto: Instagram rz.works & Hatta Dolmat
Must-Watch Video