Sekilas
- Syahmi Sazli berkongsi dia berjaya jana RM188 dalam dua hari hanya dengan muat naik gambar dirinya di atas motor di Facebook.
- Perkongsian itu dibuat selepas ada yang minta dia dedahkan jumlah wang yang diperoleh daripada gambar tersebut.
- Netizen terkejut dan gembira dengan rezeki yang diperoleh Syahmi melalui perkongsian mudah di media sosial.
Pempengaruh dan usahawan, Syahmi Sazli menarik perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa perkongsian bersahaja di media sosial miliknya boleh menjana keuntungan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Syahmi berkongsi dia telah meraih wang sebanyak RM188 dalam masa dua hari hanya dengan memuat naik foto dirinya di atas sebuah motor.
Perkongsian itu dibuat selepas beberapa individu meminta dia mendedahkan jumlah wang yang diperoleh daripada gambar tersebut.
"Ada orang minta nak lihat berapa hasil daripada sekeping gambar saya duduk di atas motor.
"Hasil ini bukan selepas dua jam tetapi lebih kurang dua hari. Alhamdulillah, lebih kurang RM188. Rezeki Allah," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak sangka mereka terhadap perkingsian tersebut sambil turut gembira dengan rezeki Syahmi.
"Rezeki yang tidak disangka-sangka.
"Orang pun dikenali, memang senang nak buat duit. Post apa pun memang ramai yang suka.
"Rezeki Mie, teringin sangat nak jadi macam Mie.
"Antara kelebihan bila ada nama.
"MasyaAllah seronok, murah rezeki Mie," komen netizen.