berita
Hubungan Kami Masih Seperti Biasa - Kamal Adli Jawab Status Hubungan Dengan Emma Maembong
Pelakon Kamal Adli enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan hubungan rapatnya bersama aktres Emma Maembong retak.
Menurut Kamal, hubungan mereka masih berlangsung seperti biasa.
“Maaf, saya tak mahu ulas lanjut dan memanjangkan cerita. Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.
“Saya harap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang kami hadapi. Apa yang boleh saya katakan, hubungan antara saya dengan Emma masih berjalan seperti biasa,” kata Kamal ketika ditemui usai minggu suku akhir Super Spontan Superstar 2017.
Sebelum ini, menerusi laporan BH Online, Emma dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama aktor itu.
Tambah Emma, persoalan itu seharusnya diajukan kepada Kamal dan heroinnya dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara, aktres Zahirah Macwilson.
Peminat mula membuat spekulasi sendiri dan mendakwa Zahirah menjadi punca hubungan Kamal dengan Emma sudah berakhir.
Dalam perkembangan lain, Kamal dan kumpulan King Musang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Super Spontan Superstar 2017 selepas menewaskan kumpulan Tenggiling Taiko.
Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @kamaladli dan @emma_maembongofficial
Must-Watch Video