Skip to main content

Berita Tempatan

Ibu Ambil Cuti Jaga Anak Sakit Bukan Tak Komited - "Tanggungjawab Jaga Anak Perlu Dilihat Sebagai Shared Responsibility"

Ibu Ambil Cuti Jaga Anak Sakit Bukan Tak Komited - "Tanggungjawab Jaga Anak Perlu Dilihat Sebagai Shared Responsibility"

Sekilas

  • Persepsi negatif terhadap ibu bekerja yang sering mengambil cuti untuk menjaga anak sakit perlu dihentikan kerana tanggungjawab menjaga anak adalah bersama ibu dan bapa.
  • Majikan disarankan menilai pekerja berdasarkan prestasi dan kemampuan jangka panjang, bukan hanya kehadiran, untuk membina produktiviti dan kesetiaan.
  • Masyarakat perlu menghentikan penilaian wanita berdasarkan satu peranan sahaja dan mengiktiraf kemampuan wanita dalam kerjaya serta tanggungjawab keluarga secara seimbang.
Advertisement

Persepsi terhadap ibu bekerja yang dianggap kurang komited hanya kerana perlu mengambil cuti untuk menjaga anak sakit perlu dihentikan.

Malah, tanggungjawab menjaga anak tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu wanita kerana ia merupakan tanggungjawab bersama antara ibu dan bapa.

Advertisement

Pandangan itu dikongsikan menerusi Media Interview Ikon Prihatin 2026 susulan isu tular di media sosial baru-baru ini apabila golongan ibu didakwa dipandang rendah kerana sering mengambil cuti apabila anak sakit atau memerlukan perhatian.

Menurut kenyataan tersebut, antara punca persepsi berkenaan masih berlaku adalah kerana masyarakat cenderung melihat urusan penjagaan anak sebagai tanggungjawab utama seorang ibu.

“Saya rasa persepsi ini masih wujud kerana kita masih melihat penjagaan anak sebagai primarily tanggungjawab wanita, sedangkan anak itu adalah tanggungjawab kedua-dua ibu dan bapa.

“Bila seorang ibu mengambil cuti kerana anak demam, kita cepat nampak dia sebagai ‘selalu cuti’. Tetapi kita jarang bertanya, berapa banyak perkara yang dia sebenarnya sedang cuba balance pada masa yang sama?

“Dan kita juga perlu berhati-hati supaya jangan sampai kita glorify wanita yang ‘mampu buat semua’. Because sometimes, the expectation that women must be able to do everything is also part of the problem,” katanya.

Dalam pada itu, majikan juga disaran menilai seseorang pekerja berdasarkan prestasi dan kemampuan mereka untuk kekal produktif dalam jangka panjang, bukan sekadar melihat kepada aspek kehadiran.

Bagaimanapun, perkara itu tidak bermaksud disiplin dan akauntabiliti seseorang pekerja boleh diketepikan.

“Bagi saya, majikan perlu melihat isu ini dari sudut performance dan sustainability, bukan semata-mata attendance.

“Sudah tentu setiap organisasi memerlukan disiplin dan accountability. Tetapi pada masa yang sama, majikan yang memahami realiti kehidupan pekerja akan lebih mampu membina retention, loyalty dan produktiviti jangka panjang,” katanya.

Pada masa sama, masyarakat juga perlu mengubah cara mereka menilai pilihan seseorang wanita sama ada mahu meneruskan kerjaya atau memberikan lebih perhatian kepada keluarga.

“Masyarakat pula perlu berhenti melihat ibu yang bekerja sebagai wanita yang ‘mengabaikan anak’, dan pada masa yang sama jangan pula melihat ibu yang memilih keluarga sebagai wanita yang tidak mempunyai ambition.

“Kita perlu berhenti menentukan nilai seorang wanita berdasarkan satu peranan sahaja.

“Dan yang paling penting, tanggungjawab menjaga anak perlu dilihat sebagai shared responsibility, bukan beban yang secara automatik diletakkan di bahu ibu,” katanya.

Dalam konteks kerjaya pula, wanita juga masih berdepan cabaran apabila kemampuan profesional mereka kadangkala dinilai berdasarkan tanggungjawab domestik yang dipikul.

Hakikatnya, seseorang wanita mampu memainkan peranan sebagai ibu dan isteri dalam masa sama mempunyai kemampuan serta kompetensi tinggi dalam kerjaya.

“Saya rasa antara cabaran terbesar ialah wanita masih sering dinilai berdasarkan tanggungjawab domestik mereka, bukan semata-mata berdasarkan kompetensi dan prestasi mereka.

“Seorang wanita boleh menjadi seorang ibu, seorang isteri dan pada masa yang sama seorang profesional yang sangat kompeten. Tetapi kadang-kadang apabila tanggungjawab keluarga memerlukan perhatian, komitmen profesional wanita itu pula mula dipersoalkan.

“Kita juga perlu faham bahawa wanita bukan kurang bercita-cita hanya kerana mereka mempunyai keluarga. Menjadi ibu tidak sepatutnya menjadi penalty kepada career progression seorang wanita,” katanya.

Bagaimanapun, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai persaingan antara lelaki dan wanita, sebaliknya keperluan mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih memahami realiti kehidupan kedua-dua pihak.

“Pada masa yang sama, saya tidak melihat isu ini sebagai satu pertandingan antara lelaki dan wanita. Kita sebenarnya memerlukan ekosistem pekerjaan yang lebih manusiawi untuk kedua-duanya.

“Pengiktirafan sepatutnya diberikan berdasarkan kemahiran, prestasi, kepimpinan, integriti dan contribution seseorang, bukannya berdasarkan stereotaip bahawa seorang ibu mungkin kurang committed hanya kerana dia mempunyai tanggungjawab terhadap anak.

“Dan bagi wanita sendiri, kita juga perlu berani untuk own our capability. Jangan terlalu cepat mengecilkan diri hanya kerana kita mempunyai banyak peranan,” katanya.

Pandangan itu dikongsikan bersempena program Ikon Prihatin: Wanita Bangkit Dari Kemahiran Kepada Pendapatan, sebuah inisiatif CSR Efferty International yang memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi wanita khususnya ibu tunggal dan wanita B40.

Program berkenaan menyasarkan penyertaan 100 wanita dengan memberi pendedahan terhadap kemahiran, keyakinan serta peluang menjana pendapatan menerusi pelbagai pengisian termasuk Hot Seat Talk, bengkel menganyam barangan tradisional, Go Live Simulation, persembahan budaya dan sesi bersama barisan Wanita Ikon.

Anda mungkin berminat dengan

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Must Watch Video

Advertisement