berita

iKON Comeback Dengan Formasi Baru, Lagu Sentuhan B.I Tetap Dikekalkan

gempak
Mya Amri
06/02/2020
07:52 MYT
Sponsor Banner
iKON Comeback Dengan Formasi Baru, Lagu Sentuhan B.I Tetap Dikekalkan
Kumpulan K-Pop iKON bakal membuat kemunculan semula dengan album mini ketiga berjudul i DECIDE.
Teaser kemunculan semula iKON itu telah dimuat naik menerusi akaun YouTube rasmi mereka dan juga agensi, YG Entertainment.
Bagaimamanapun kemunculan mereka kali ini mengalami perubahan dari segi formasi di mana iKON kembali dengan hanya enam anggota iaitu Bobby, Jinhwan, Junhoe, Yunhyeong, Donghyuk dan Chanwoo.
Namun YG Entertainment membuat keputusan untuk memuatkan lagu-lagu hasil sentuhan bekas ketua kumpulan iKON, B.I dalam album berkenaan.
Secara tidak langsung dapat mengubati kerinduan iKONIC (fandom) untuk mendengar lagu-lagu yang dihasilkan oleh B.I. i DECIDE akan dilancarkan pada 6 Februari (hari ini) pada jam 6.00 petang waktu Korea.
Sebelum ini iKON telan melancarkan album repackage dengan single utama bertajuk I’m Ok.
Album repackage ini terdiri daripada lagu-lagu yang dipilih menerusi siri album NEW KIDS, iaitu NEW KIDS: BEGIN (2017), NEW KIDS: CONTINUE, NEW KIDS: FINAL yang dilancarkan pada tahun 2018 lalu dan full album kedua mereka, RETURN.
iKON juga terkenal dengan lagu-lagu hit seperti I’m Ok, Love Scenario, Killing Me dan Goodbye Road.
Terdahulu, ini merupakan kemunculan pertama iKON tanpa ketua kumpulan mereka.
B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin mengumumkan telah menarik diri daripada kumpulan berkenaan selepas didakwa terlibat dengan kes dadah pada 12 Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live