Skip to main content

Berita

Isteri Bebel Tidak Cukup Wang, Suami Nekad Curi Mesin ATM

Asyik Kena Bebel, Llekai Curi ATM

Seorang lelaki Belanda di Thailand ditahan polis kerana cuba mencuri sebuah mesin teler automatik (ATM) dengan menyeretnya menggunakan trak pikap selepas bertengkar dengan isteri mengenai masalah kewangan.

Menurut laporan Khaosod, kejadian berlaku pada Ahad lalu di daerah Muang, wilayah Udon Thani, di sini.

Advertisement

Suspek yang hanya dikenali sebagai Sijtse, 60, dan isterinya, Waraporn, 37, dilapor telah melaburkan kira-kira 10 juta baht (RM1.3 juta) untuk perniagaan restoran mereka, namun masalah kewangan sering mencetuskan pertengkaran.

Pada malam hari kejadian, Sijtse dilapor keluar dari rumah dengan perasaan marah sambil memberitahu isterinya bahawa dia mahu ke wilayah Nong Khai untuk berjumpa rakan.

Sebaliknya, dia didakwa ingin mencuri sebuah mesin ATM di bandar.

Waraporn yang merupakan warga tempatan hanya mengetahui perkara itu pada keesokan hari sebaik polis menghubunginya untuk memaklumkan bahawa suaminya ditahan.

Polis menemui Sijtse berhampiran lokasi kejadian, dengan mesin ATM yang dirantai pada bahagian belakang kenderaan.

Mesin berat itu diseret kira-kira 20 meter dari tempat asalnya di hadapan premis kedai.

Pihak berkuasa memaklumkan, Sijtse sebelum ini berdepan pelbagai tuduhan termasuk kes curi, kerosakan harta benda dan menggunakan kenderaan untuk melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan kemungkinan hukuman tambahan kerana menggunakan trak pikap.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement