,
Berita

Jawapan Ekslusif Datuk Seri Vida Selepas Menerima Dugaan Terbesar Dalam Hidupnya

Ahmad Shah
17/10/2016
14:38 MYT
Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida baru-baru ini telah memberi kenyataan secara ekslusif kepada Astro Gempak selepas didakwa di mahkamah atas pertuduhan tidak membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menganggap perkara tersebut sebagai dugaan terbesar dalam hidupnya, Datuk Seri Vida bersyukur kerana masih ramai insan berhati mulia yang sudi mendoakan kesejahteraan buat dirinya dan keluarga.
“Saya tidak sangka ramai yang mendoakan supaya saya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Mereka melakukan solat hajat untuk saya dan sikitpun saya tidak jangka ia berlaku.
"Alhamdulillah, semangat saya hari ini adalah kerana kekuatan doa oleh orang ramai kepada saya. Saya kuat kerana mereka. Saya percaya jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan sentiasa sabar, Insya-Allah ada ganjarannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Datuk Seri Vida ditemui ketika sedang menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lepas.
Selain itu, ahli perniagaan berjaya ini juga turut menganggap dugaan yang diterimanya hari ini sebagai penguat untuknya supaya terus bangkit dan maju dalam empayar perniagaannya.
“Adat orang berniaga, ada pasang surutnya. Dugaan ini adalah pembakar semangat saya untuk terus melebarkan empayar perniagaan saya,” ujarnya bersemangat.
Meletakkan profesionalisme sebagai motto hidupnya, Datuk Seri Vida berkata, pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah tidak sesekali menghalangnya untuk terus komited dengan kerja.
"Selepas saya ke mahkamah, saya terus ke sini (Janda Baik) dan meneruskan penggambaran dengan pihak Astro. Saya tidak mahu mencampur adukkan kerja dengan masalah peribadi.
"Kerana saya percaya masalah peribadi dan komitmen kerja merupakan dua perkara berbeza dan tidak sepatutnya kita mengabaikan tugas kerana masalah lain.
"Masalah akan tetap ada, tetapi kerja perlu dilakukan untuk meneruskan hidup," katanya positif.
Kepada anda semua yang ingin mengikuti sebahagian lagi temuramah Astro Gempak dan Datuk Sri Vida di Janda Baik baru-baru ini, tontonlah video di bawah ini.
Kepada Datuk Seri Vida, semoga terus tabah menghadapi ujian ini.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

DSV Tak Boleh Tahan Sebak Bila Tengok Kacak Menangis

gempak
03/01/2017
07:00 MYT
Video

Tonton Episod 5: The House Dato Seri Vida Sekarang

gempak
28/12/2016
09:37 MYT
Berita

DSV Buat Make Over, Cik B Pergi Memancing

gempak
21/12/2016
09:13 MYT
Berita

DSV Tak Sangka Akhirnya Ada Masa Bersukan Dengan Keluarga

gempak
14/12/2016
08:35 MYT
Berita

Sedap Sangat Ke Nasi Lemak Pink Janda Baik DSV Tu?

gempak
07/12/2016
07:00 MYT
Unitar