Skip to main content

Berita

Jumpa ‘Kayu’ Semasa Bersihkan Terusan, Rupanya Buaya Gergasi

Astrogempak BUAYA

Sekilas

  • Seorang lelaki di Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara, terkejut apabila objek terapung yang disangka kayu rupa-rupanya seekor buaya gergasi.
  • Rakaman video menunjukkan lelaki itu sedang membersihkan terusan sebelum menemui buaya tersebut yang tiba-tiba bergerak agresif.
  • Mangsa berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan selepas menjerit ketakutan melihat buaya itu.

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila objek terapung yang disangka kayu sebenarnya seekor buaya semasa dia membersihkan terusan bersama rakannya di Konawe Selatan, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal  berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan lelaki itu mengutip sampah dan rumput di sekitar terusan sebelum menemui objek terapung yang kelihatan seperti kayu. 

“Saya fikir objek tersebut merupakan ranting kayu yang terapung. Namun, ia tiba-tiba bergerak secara agresif dan muncul ke permukaan air,” kata mangsa. 

Dia menjerit ketakutan dan lari bertempiaran apabila mendapati objek tersebut adalah seekor buaya gergasi. 

Mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement