Skip to main content

Selebriti

“Kadang Benda Kecil Macam Ini Kita Ingat” - Kedai Diserbu Selepas Sambutan Merdeka, Netizen Terharu Wanita Bantu Pekerja F&B Seorang Diri

“Kadang Benda Kecil Macam Ini Kita Ingat” - Kedai Diserbu Selepas Sambutan Merdeka, Netizen Terharu Wanita Bantu Pekerja F&B Seorang Diri

Sekilas

  • Selepas sambutan Merdeka, seorang wanita tampil membantu pekerja kedai minuman yang bekerja seorang diri ketika kedai diserbu pelanggan.
  • Wanita tersebut mempunyai pengalaman bekerja di syarikat yang sama dan nekad membantu tanpa berfikir panjang.
  • Aksi ini mendapat pujian ramai kerana menunjukkan sikap prihatin dan sokongan terhadap pekerja F&B yang menghadapi tekanan ketika waktu sibuk.
Advertisement

Usai tamat menyambut merdeka, para pengunjung pastinya akan menghampiri kedai  makanan dan minuman (F&B) terdekat untuk berehat, menyejukkan diri atau mengisi perut yang sedang lapar.

Ketika kedai diserbu, pekerja akan menjadi peranan utama dalam memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Advertisement

Ada juga yang terpaksa bekerja seorang diri dek kekurangan pekerja, namun aksi seorang wanita yang membantu pekerja ini telah meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut dilihat tidak sampai hati apabila melihat pekerja di sebuah kedai minuman bekerja seorang diri.

Tanpa berfikir panjang, wanita kemudian nekad membantu pekerja tersebut memandangkan dia mempunyai pengalaman bekerja di syarikat yang sama.

“The way kawan saya tolong akak ni sebab dia bekerja seorang diri. Dah la tengah ada sambutan merdeka dan orang ramai datang serbu kafe ini. 

“Kawan saya pernah kerja di bawah syarikat yang sama cuma tak sama cawangan sahaja,”tulisnya.

Aksi menyentuh hati itu menerima pujian ramai orang dengan rata-rata memuji tindakan wanita tersebut dan beryukur masih ada pelanggan yang memahami situasi pekerja.

“Ini sangat wholesome. Walaupun tak kerja dekat cawangan yang sama, masih ada rasa nak tolong sesama sendiri. Kadang benda kecil ini yang kita akan ingat. Kebaikan itu masih ada.

“Comelnya. Siapa yang pernah kerja F&B ini mesti tahu betapa pressure bila kedai ramai orang.

“Orang yang kerja FNB faham dan sebak kalau ada pelanggan yang memahami seperti ini dan tidak menekan,”komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement