Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas diserang seekor anjing yang berlaku di Taman Megah, Cheras.
Menerusi perkongsian di platform Threads, kanak-kanak lelaki itu dipercayai diserang ketika sedang bermain basikal di kawasan rumahnya.
Mangsa juga difahamkan kini sudah menerima rawatan di hospital.
Dalam pada itu, ada beberapa kemas kini juga memaklumkan bahawa anjing yang menyerang mangsa tersebut telah ditangkap oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Advertisement
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Kanak-kanak lelaki malang itu dan berharap penjaga haiwan itu dikenakan tindakan berat.
“Saman owner anjing.
“Cari owner sampai jumpa & saman.
“Macam mana keadaan bdk ni ? Ya Allah sedihnya tgk !! Sakit sgt ni !!
“Berdasarkan video, gayanya seperti bukan anjing jalanan ni. Seperti ada pemilik, anjingnya nampak langsung tk takut dgn org. Jika ya, harapnya pemilik disaman atas kecuaian sehingga melibatkan kemalangan. Teruk sgt ni. Semoga adik tu cepat sembuh.
“Tolonglah kasi owner kena tindakan berat. aku pelik kenapa rumah2 kos rendah suka sangat bela anjing baka garang2 kuat menyalak,” komen netizen.