,
Berita

"Kejar Populariti Atas Kesempitan Orang Lain!" - Syafiq Farhain Berang

Zulaikha Yusof
24/09/2018
09:27 MYT
Naib juara program Big Stage, Syafiq Farhain bengang apabila tersebarnya berita palsu mengenai kematian ayahnya, penyanyi Saleem.
Menurut Syafiq, dia tidak faham manfaat yang diperolehi oleh netizen yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan berita tidak benar.
"Saya mengaku, saya rasa bengang apabila mengetahui berita tersebut.
"Ibu tiri saya yang baru saja sampai di rumah kembali bergegas ke hospital semula disebabkan itu.
"Saya tidak faham apa yang dikejar oleh netizen tidak bertanggungjawab itu dengan melakukan penyebaran berita palsu tentang kematian," katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Abang Bomba ini berpendapat netizen yang melakukan perkara tersebut hanya ingin mengejar populariti.
"Saya menganggap orang sebegini hanya ingin mengejar populariti atas kesempitan orang lain," katanya kepada Gempak.
Syafiq telah diumumkan sebagai naib juara rancangan realiti baharu Big Stage musim pertama.
Syafiq membawakan lagu Antara Hujan dan Airmata di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Aku Jatuh Cinta.
Syafiq berjaya merangkul wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
Layari laman web www.bigstage.com.www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
BorakSeeni