Pelawak, Shahrul Shiro mencuit hati netizen apabila berkongsi momen lucu ketika menemani isterinya ke mahkamah atas kesalahan terlupa memperbaharui roadtax pada Rabu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahrul atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi meluahkan rasa puas hati apabila isterinya, Anna akhirnya mengakui kesilapan sendiri di hadapan hakim.
Advertisement
"Saya baru keluar mahkamah hari ini bersama isteri saya atas kesalahan dia terlupa nak hidupkan roadtax.
"Dekat mahkamah saya sangat berpuas hati kerana buat pertama kalinya isteri saya mengaku kesalahan di hadapan mahkmah," katanya.
Dalam nada berseloroh, Shahrul turut membandingkan sikap isterinya di mahkamah dengan ketika berada di rumah.
"Puan Nor Farhanah Syamim adakah anda mengaku kamu bersalah, saya bersalah.
"Kalau kat rumah, Sayang you tadi, eh bukan salah I, salah you. Ni semua salah you. Wah depan hakim, saya bersalah. Ini suatu kepuasan," usiknya.
Untuk rekod, Shahrul Shiro dan Anna mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Iskandar Rizqi.
Pelawak itu juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Muhd Adam Danish, hasil daripada perkahwinan terdahulu.