Skip to main content

Antarabangsa

Konflik Timur Tengah Jejaskan Pelancongan, Harga Hotel Mewah Di Dubai & Abu Dhabi Turun Sehingga 75 Peratus

Timur Tengah

Sekilas

  • Harga hotel empat dan lima bintang di Dubai dan Abu Dhabi jatuh mendadak sehingga 75% akibat konflik di Timur Tengah.
  • Hotel empat bintang kini menawarkan bilik pada harga sekitar AS$50 hingga AS$60 semalam, manakala hotel lima bintang turun lebih 66% kepada AS$100 hingga AS$150.
  • Penurunan harga ini berkuat kuasa mulai April selepas serangan dan balasan ketenteraan antara AS, Israel, dan Iran di rantau Asia Barat.

Konflik di Timur Tengah telah menyebabkan harga di kebanyakan hotel bertaraf empat bintang di Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) turun mendadak.

Difahamkan, harga kebanyakan hotel jatuh sehingga 75 peratus kepada sekitar AS$50 (RM196.98) hingga AS$60 (RM236.37) satu malam, manakala hotel lima bintang turun lebih 66 peratus kepada AS$100 (393.95) hingga AS$150 (RM590.92) susulan peningkatan ketegangan di rantau itu setakat awal April.

Secara khusus, di Abu Dhabi, bilik dua orang di hotel empat bintang Mercure berharga AS$54 (RM212.73) berbanding sekurang-kurangnya AS$200 (RM787.90) hingga AS$250 (RM984.88) pada Januari dan Februari.

Situasi sama dilihat di hotel TRYP by Wyndham dengan harga bermula AS$57 (RM224.55), Ramada Downtown AS$54 (RM212.73) dan La Quinta by Wyndham AS$61 (RM240.31).

Hotel lima bintang di Abu Dhabi pula menurunkan harga kira-kira separuh hingga dua pertiga, dengan Rixos Marina menawarkan bilik bermula AS$225 (RM886.39), Ritz-Carlton AS$231 (RM910.02), Shangri-La AS$201 (RM791.84) dan Radisson AS$125 (RM492.44).

Di Dubai, situasinya sama dengan hotel empat bintang menawarkan bilik pada purata AS$50 (RM196.98) hingga AS$60 (RM236.37) termasuk Stella Di Mare, Time Oak dan Hyatt Place.

Bilik di hotel lima bintang Dusit Thani bermula AS$95 (RM374.25), manakala Hilton Jumeirah sekurang-kurangnya AS$155 (RM610.62), Pullman Jumeirah AS$90 (RM354.56), Radisson Blu AS$87 (RM342.74) dan Movenpick Jumeirah AS$167 (RM657.90).

Kesemua harga yang dikongsikan akan berkuat kuasa pada bulan April.

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mmelancarkan serangan ke atas sasaran di Iran termasuk Tehran, dengan laporan kerosakan dan korban awam.

Iran kemudiannya membalas dengan melancarkan serangan ke atas wilayah Israel serta sasaran ketenteraan AS di rantau Asia Barat.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement