Skip to main content

Selebriti

KRU Tak Mahu Syok Sendiri, Belum Bersedia Buat Dokumentari -"Cerita Kami Belum Ada Penamat"

KRU DOKUMENTARI

Trio adik-beradik, KRU memilih untuk tidak mengeluarkan dokumentari atau filem jenis biopik meskipun telah tiga dekad dalam industri seni air.

Menurut salah seorang anggota KRU, Edry Abdul Halim tidak menafikan bahawa KRU ada menerima tawaran untuk menghasilkan dokumentari, namun mereka tetap dengan pendirian untuk tidak

Advertisement

berbuat demikian kerana menggangap masih belum bersedia.

"Mengenai kami, biarlah orang lain yang hasilkan. Kalau kami sendiri buat, nanti nampak seperti angkat bakul sendiri. Tak manis begitu. Sama juga kalau nak buat filem biopik, lebih baik biar pihak luar yang menguruskannya. Ramai datang minta kami hasilkan dokumentari atau biopik, tapi saya rasa belum tiba waktunya," katanya ketika ditemui Gempak.

Edry berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sidang media StarKRUise Showcase yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, baru-baru ini.

Katanya lagi, KRU tidak dapat menghasilkan dokumenatari tersebut kerana perjalanan mereka masih belum tamat memandangkan karya tersebut memerlukan penceritaan dan pengakhiran yang menarik.

"Kalau mahu hasil yang eksklusif, semuanya kena diceritakan. Sedangkan ada perkara peribadi dalam hidup kami yang tak semua wajar dikongsi. Ada perkara yang kami sendiri tak selesa nak kongsi.

"Mungkin satu hari nanti, bila masa dah tiba, biarlah orang lain yang buat. Cerita kami pun belum habis lagi. Cerita kami belum ada penamat. Kalau belum ada ending, susah nak cerita," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, KRU bakal mengadakan STAR KRUise Showcase, sebuah persembahan eksklusif yang bakal membawa KRU dan peminat berlayar di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama lima hari empat malam.

Dengan sokongan StarDream Cruise dan Sony Music Malaysia, pelayaran ini bakal dijadualkan pada 25 hingga 29 Januari 2026 (Perlepasan dari Singapura) dan 26 hingga 30 Januari 2026 (Perlepasan dari Port Klang, Malaysia).

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement