Aktivis dan peserta Global Sumud Flotilla mula memasuki zon kuning untuk meneruskan perjalanan bagi menghantar bantuan ke Gaza.
Menerusi pemantauan di dashboard Global Sumud Flotilla tracker, kapal pertama melepasi zon kuning pada jam 9:30 malam waktu Malaysia.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Sani Araby ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Advertisement
Zon kuning merupakan zon pada jarak 300 batu nautika dari Gaza di mana ia merupakan zon berjaga-jaga untuk semua peserta GSF.
GSF yang membawa bantuan kemanusiaan meliputi bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan peserta terdiri daripada sukarelawan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
Untuk rekod, seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal dalam flotila itu.
Sumber: Astro AWANI