Skip to main content

Selebriti

Lagu Patriotik Tak Pernah Mengecewakan, Netizen Gelar Faizal Tahir ‘The Next’ M.Nasir - “Hidden Gem Yang Susah Nak Jumpa…”

Lagu Patriotik Tak Pernah Mengecewakan, Netizen Gelar Faizal Tahir ‘The Next’ M.Nasir - “Hidden Gem Yang Susah Nak Jumpa…”

Sekilas

  • Faizal Tahir kembali mencuri perhatian selepas persembahan Hari Kebangsaan ke-69 dengan lagu patriotik terbarunya, 'Aku Berjanji'.
  • Netizen memuji lagu tersebut dan menggelar Faizal sebagai versi moden M.Nasir kerana bakatnya sebagai penyanyi, komposer, dan penerbit.
  • Kebolehan Faizal menaikkan semangat patriotik dianggap unik dan sukar ditemui pada penyanyi lain, menjadikan lagunya sangat bermakna sempena sambutan Merdeka.
Advertisement

Selepas membuat persembahan ketika Hari Kebangsaan yang ke-69, nama Faizal Tahir sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila lagunya berjudul ‘Aku Berjanji’ menjadi fenomena di hari penuh bersejarah itu.

Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata netizen memuji lagu terbaharu Faizal itu sehingga ada menggelarnya ‘the next’ M.Nasir.

Advertisement

“Aku rasa Faizal Tahir ini adalah versi era moden  M.Nasir.

“Penyanyi, komposer dan penerbit. Memang all-rounder habis. Tak boleh bayang royalti tahunan dia. Senang seumur hidup. Satu benda yang aku tak faham, macam mana semua lagu patriotik dia sedap gila.Macam tak pernah terlepas. Tolong Kuala Lumpur, berikan gelaran Datuk kepada lelaki ini cepat,”kongsinya.

Sementara itu, seorang lagi individu berkata bahawa kebolehan Faizal amatlah sukar ditemui pada penyanyi lain, malah lagunya berjaya menaikkan lagi semangat patriotik orang ramai.

Advertisement

“Sempena merdeka ini, aku nak puji kehebatan figura bernama Faizal Tahir ini. Faizal ini dia ada hidden gem yang susah nak jumpa dekat penyanyi lain.

“Elemen untuk menaikkan semangat dan cintakan tanah air dalam nyanyian. Mahal tau benda ini sebenarnya. Malah, penyanyi-penyanyi hebat lain pun belum tentu boleh 'deliver' seperti dia,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement