,
Berita

Lan Keracunan Makanan, Terpaksa Berkerusi Roda!

Amri Hassan
28/11/2017
10:15 MYT
Malang menimpa bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan yang kini mengalami keracunan makanan teruk hingga menyebabkan buasir.
Kata Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, dia mulai sakit perut sejak malam tadi dan melarat hingga hari ini.
"Saya kena keracunan makanan dan cirit-birit sejak malam tadi hingga melarat menjadi buasir.
"Keadaan ini menyukarkan saya berjalan hingga terpaksa dipapah dan berkerusi roda.
"Saya harap kesihatan akan kembali pulih seperti sedia kala dan meneruskan sesi latihan esok. Doakan saya cepat sembuh," katanya kepada Astro Gempak.
Lan juga merayu agar peminat tidak menjadikan masalah kesihatannya sebagai peluang meraih simpati.
"Jangan fikir saya mahu raih simpati. Saya akan terus berjuang untuk GV4 sepertimana penyanyi lain," tambahnya.
Pada minggu keenam, Lan bakal menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya (nyanyian asal U.K's).
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kes Saman Lima Sekawan: Siti Nordiana Lega, Nak Move On! - "Bermaaf-Maafan Perkara Baik Dalam Islam"

gempak
11/12/2023
09:55 MYT
Alhamdulillah dah selesai
Laman Utama

Berduka Pemergiaan Tia Jinbara, Firman Kenang Persahabatan Di GV4

gempak
11/11/2023
06:50 MYT
Firman Siagian titipkan salam takziah atas pemergian Tia Jinbara.
Laman Utama

Trauma Rumah Pernah Dilanda Banjir, Lan Solo Bimbang Kejadian Berulang Kembali - “Sampai Sekarang Kalau Hujan Lebat Tak Berhenti Memang…”

gempak
21/12/2022
06:55 MYT
Risau tengok kawasan naik banjir...
Laman Utama

[VIDEO] Anak Perempuan Lan Solo Buat Cabaran Tarian ‘Wednesday’, Netizen Pula Tegur Minta Fahami Lirik Dengan Betul

gempak
19/12/2022
02:55 MYT
Menjadi juga anak Lan Solo menari ala Wednesday!
Laman Utama

"Trending Tak Bermaksud Talent" - Aishah

gempak
22/08/2022
02:42 MYT
Makin ramai founder yakin rakam lagu sendiri.