Skip to main content

Selebriti

Lebam Di Wajah Beransur Pulih, Siti Nurhaliza Syukur Bukan Jatuh Tersembam - “Alhamdulillah Allah Masih Melindungi Saya…”

Lebam Di Wajah Beransur Pulih, Siti Nurhaliza Syukur Bukan Jatuh Tersembam - “Alhamdulillah Allah Masih Melindungi Saya…”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza mengalami lebam di wajah selepas terjatuh semasa latihan konsert, namun keadaannya kini semakin pulih.
  • Beliau telah menjalani rawatan hospital termasuk CT scan dan doktor mengesahkan tiada retak atau pendarahan dalaman.
  • Siti bersyukur kerana masih dapat menyelesaikan konsert dengan jayanya walaupun mengalami kecederaan tersebut.
Advertisement

 

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila keadaan wajahnya yang mengalami lebam akibat jatuh ketika membuat latihan sebelum konsert baru-baru ini sudah beransur pulih.

Advertisement

Berkongsi mengenai insiden tersebut, Siti Nurhaliza memberitahu beliau terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan lebam di wajahnya akan mengambil masa untuk pulih.

“Alhamdulillah muka saya dah makin beransur pulih, lebam sikit lagi nak hilang sebab kulit saya ini jenis sensitif. Kalau lebam biru itu ambil masa lama nak hilang.

“Tinggal lagi saya ada rasa tisu muka saya agak keras. Mungkin impak daripada hentakan yang kuat masa terjatuh. Untuk pemulihan, saya kena urut. Selepas saya jatuh, saya terus pergi hospital untuk buat CT scan.

Advertisement

“Alhamdulillah tak ada apa-apa retak atau pendarahan dalaman. Cuma doktor ada beritahu memang ambil masa untuk hilang lebam dan tisu dekat muka saya memang luka,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi lagu Kesuma itu berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui di majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza juga meluahkan rasa syukur kerana Allah masih melindunginya ketika dirinya jatuh.

“Alhamdulillah, saya boleh lagi menyanyi dan menyelesaikan konsert saya. Saya rasa syukur pada Allah. Ini pertama kali saya jatuh untuk konsert.

“Tapi Alhamdulillah Allah masih melindungi sayalah. Itu saja saya bersyukur sebab saya tak jatuh depan. Kalau jatuh depan, gigi saya patah, bibir pecah dan semua kan, lagi ambil masa untuk pulih.

“Bagi saya, jatuh pun Alhamdulillah, Allah lindungi lagi, dan Alhamdulillah konsert ini berjalan dengan begitu jayanya,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza terjatuh ketika menjalani latihan ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober lalu.

Insiden itu berlaku ketika Siti Nurhaliza sedang melakukan aksi melompat menggunakan kain panjang sebelum kaki tersadung lalu beliau jatuh tersembam ke lantai.

Anda mungkin berminat dengan

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement