Skip to main content

Berita

Lelaki Rohingya Mengaku Tidak Bersalah Rompak Rumah Razif Sidek

Screenshot 2026 06 12 at 10.26.44 PM

Sekilas

  • Seorang buruh warga Rohingya, Mohamad Fawyas Yasin, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyamun kediaman legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, dengan bersenjatakan pisau pada 19 Mei lalu.
  • Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kad UNHCR tertuduh telah tamat tempoh dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes.
Advertisement

Seorang buruh warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyamun kediaman legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek dengan bersenjatakan pisau, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Fawyas Yasin, 27, didakwa melakukan samun terhadap harta milik Datuk Mohamad Razif Mohd Sidek, 64, di sebuah rumah di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail pada jam 12.20 tengah hari, 19 Mei lalu.

Advertisement

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu adalah serius selain kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik tertuduh telah tamat tempoh.

“Sekiranya jaminan dibenarkan dan tertuduh tidak hadir ke mahkamah, sukar untuk menjejaki keberadaannya memandangkan dia tidak mempunyai alamat tetap. Selain itu, tertuduh juga mengetahui alamat mangsa dan saksi, jadi dikhuatiri saksi-saksi akan diganggu,” katanya.

Sementara itu, peguam Mansheel Kaur yang mewakili Mohamad Fawyas memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh dan memperoleh pendapatan RM50 sehari selain perlu menyara isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berusia 10 bulan.

“Tertuduh tinggal di negara ini selama 15 tahun dan berhubung dengan kad UNHCR, kad tersebut dalam proses untuk diperbaharu,” kata peguam itu.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada kad UNHCR yang sah untuk dipertimbangkan oleh mahkamah dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. 

Sumber: AlHijrah Online

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement