Skip to main content

Berita

Lelaki Terlibat Provokasi Sambutan Hari Kebangsaan Diminta Dadir Ke IPD Putrajaya

Lelaki Terlibat Provokasi Sambutan Hari Kebangsaan Diminta Dadir Ke IPD Putrajaya

Sekilas

  • Polis meminta seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam provokasi semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hadir ke IPD Putrajaya untuk membantu siasatan.
  • Video berdurasi dua minit 18 saat yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lelaki berbaju oren atau coklat itu merempuh dan menolak orang awam sehingga menyebabkan tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.
  • Kejadian dipercayai berlaku pada 31 Ogos kira-kira pukul 5 pagi dan kes disiasat di bawah beberapa seksyen termasuk Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Advertisement

Polis meminta seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya semalam supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan. 

Advertisement

Pihak polis telah mengesan video dimuat naik di Facebook melalui URL https://www.facebook.com/share/v/19DeHv5GP7/?mibextid=wwXIfr oleh pemilik akaun “Anwar Captain Goose” yang berdurasi dua minit 18 saat. 

Video itu memaparkan seorang lelaki Melayu berbaju oren atau coklat dipercayai telah membuat provokasi serta merempuh serta menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan menyebabkan beberapa individu terjatuh.

 “Kejadian ini dipercayai berlaku semalam (31 Ogos) kira-kita pukul 5.00 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Aidi Sham turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Tular di beberapa platform media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya semalam. 

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA



 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement