Skip to main content

Berita

Lori Terbalik, Penduduk Kebas Beribu-Ribu Telur Ayam

Astrogempak TELUR

Sekilas

  • Sebuah lori yang membawa telur terbalik di Jambatan Dusun Totogan, Desa Kejobong, menyebabkan telur bertaburan di jalan raya.
  • Penduduk kampung berebut mengutip beribu-ribu biji telur sehingga pengusaha telur mengalami kerugian RM5,856.
  • Pengusaha tersebut meminta penduduk mengembalikan telur yang diambil, manakala video kejadian di TikTok mencatat lebih 667,800 tontonan dan pelbagai reaksi netizen.
Advertisement

Penduduk sebuah kampung di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman orang ramai kerana berebut-rebut mengutip telur ayam yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori terbalik, lapor portal  berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Jambatan Dusun Totogan di Desa Kejobong, baru-baru ini. 

Advertisement

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mbokayu588 menunjukkan orang ramai mengambil beribu-ribu biji telur yang bertaburan di tengah jalan. 

Seorang pengusaha telur berkata, dia mengalami kerugian mencecah 26 juta rupiah (RM5,856). 

Dia kemudian tampil di Pejabat Penghulu Desa Kutawis dan meminta penduduk tempatan untuk mengembalikan telur yang diambil. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 667,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya menyesal tinggal di sini,” kata seorang netizen. 

“Ambil kesempatan dalam kesempitan,” kata pengguna media sosial lain.

Sumber: Kosmo 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement