Sekilas
- Lotus's Malaysia memohon maaf atas insiden di cawangan Selayang yang tidak memenuhi standard perkhidmatan mereka.
- Tindakan tatatertib telah diambil terhadap pihak terlibat dan syarikat memperkukuhkan prosedur serta latihan kakitangan.
- Lotus's juga telah menghubungi keluarga pelanggan yang terlibat dan komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka.
Syarikat pasar raya,Lotus's Malaysia tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden yang berlaku di cawangan Selayang.
Menerusi satu kenyataan, syarikat itu mengakui cara insiden tersebut dikendalikan tidak memenuhi standard perkhidmatan yang diharapkan pelanggan, selain tidak menepati piawaian dalaman syarikat.
"Kami telah menyelesaikan siasatan berhubung insiden yang berlaku di stor Selayang dan mendapati bahawa cara insiden ini dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya diharapkan oleh pelanggan terhadap Lotus's, mahupun standard yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri.
"Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan, isteri beliau serta keluarga mereka atas insiden yang telah berlaku. Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah bersama kami," menurut kenyataan itu.
Dalam masa sama, Lotus's Malaysia memaklumkan tindakan tatatertib telah dikenakan terhadap pihak yang terlibat selaras dengan dasar syarikat.
Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkukuhkan garis panduan, prosedur operasi dan latihan kepada kakitangan bagi memastikan standard perkhidmatan yang lebih baik serta mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
Lotus's Malaysia turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi keluarga pelanggan yang terlibat secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka.
Berikut adalah kenyataan penuh Lotus Malaysia: