Skip to main content

Berita

Main Mercun Secara Berbahaya Atas Jalan Raya, Lelaki Ditahan Bagi Bantu Siasatan

Mercun

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis di Pasir Gudang, Johor selepas video dirinya bermain mercun secara berbahaya di jalan raya tular.
  • Video berdurasi 53 saat itu menunjukkan lelaki tersebut membakar mercun secara cuai di kawasan Seri Alam pada waktu malam.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan suspek tiada rekod jenayah lampau.
Advertisement

Seorang lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siasatan susulan penularan video dirinya bermain mercun secara berbahaya di jalan raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason, lelaki yang berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam, di Pasir Gudang, Johor selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Advertisement

"Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 53 saat memaparkan seorang lelaki membakar mercun secara cuai dan berbahaya di atas jalan raya.

“Video dimuat naik oleh pemilik atau pengendali akaun media sosial 'Kedah Version'.

"Kita sahkan kejadian itu berlaku di kawasan Seri Alam pada Rabu lalu kira-kira jam 11 malam," katanya.

Berkongsi lanjut, Victor memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau kesalahan jenayah.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan kelakuan cuai berkenaan dengan apa-apa benda letupan.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki membakar mercun sewaktu banyak kenderaan lalu lalang di atas jalan raya.

Video tular itu kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan individu tersebut.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement