Skip to main content

Berita Tempatan

Menteri Agama Tawan Puncak Kinabalu, Arah Kiblat Turut Ditanda Di Hentian Rehat Hingga KM8.0

Menteri Agama Tawan Puncak Kinabalu, Arah Kiblat Turut Ditanda Di Hentian Rehat Hingga KM8.0

Sekilas

  • Dr. Zulkifli Hasan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu melalui misi Sebarkan Salam@Kinabalu yang turut menandakan arah kiblat di hentian rehat untuk memudahkan ibadah pendaki Muslim.
  • Misi ini melibatkan kerjasama Jabatan Mufti Sabah dan menyediakan maklumat fiqh mendaki gunung serta penghargaan kepada malim gunung dengan sumbangan kit solat dan perubatan.
  • Dr. Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dan berharap misi ini menjadi simbol semangat warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyebarkan nilai kebaikan dan khidmat masyarakat.
Advertisement

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi misi Sebarkan Salam@Kinabalu yang turut membawa inisiatif memudahkan urusan ibadah pendaki Muslim.

Menariknya, misi tersebut bukan sekadar aktiviti pendakian, sebaliknya turut melibatkan semakan dan penandaan arah kiblat di beberapa hentian rehat sepanjang laluan pendakian gunung tertinggi di Malaysia itu.

Advertisement

Menurut Zulkifli, usaha berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Sabah, termasuk di lokasi tertinggi pada kilometer 8.0 (KM8.0).

Inisiatif itu bertujuan membantu pendaki Muslim mengenal pasti arah kiblat untuk menunaikan solat sepanjang perjalanan, selain menyediakan maklumat ringkas berkaitan fiqh mendaki gunung di hentian rehat terpilih.

Dalam pada itu, Zulkifli turut meluahkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan pendakian bersama 32 peserta daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), termasuk Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) dan Jabatan Mufti Sabah.

Advertisement

Menurut beliau, pengalaman berada di puncak Gunung Kinabalu memberikan keinsafan mengenai kebesaran ciptaan Allah SWT serta mengingatkan manusia tentang keterbatasan diri.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT berjaya menawan puncak Kinabalu bersama agensi JPM (Hal Ehwal Agama).

“Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Berasa begitu kerdil dengan kekuasaan-Nya. Sujud syukur penuh keinsafan,” katanya.

Selain membawa mesej dakwah, kesyukuran dan penghayatan terhadap kebesaran Allah SWT, misi tersebut turut memberi penghargaan kepada warga malim gunung yang memainkan peranan penting dalam membantu pendaki menempuh perjalanan mencabar.

Antara sumbangan yang disampaikan kepada golongan berkenaan termasuk barangan keperluan, kit solat serta kit perubatan sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat dan komitmen mereka.

Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi tersebut.

“Terima kasih kepada Bahagian Dakwah JAKIM selaku penganjur utama, semua agensi Hal Ehwal Agama, JHEINS, Jabatan Mufti Sabah serta malim gunung yang menjayakan misi ini,” katanya.

Beliau berharap misi Sebarkan Salam@Kinabalu menjadi simbol semangat warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menghayati prinsip ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman, damai, sejahtera dan diberkati, selain seluruh umat Islam sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.

Misi berkenaan turut mencerminkan komitmen warga Hal Ehwal Agama untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat, melaksanakan amanah serta menyebarkan nilai kebaikan melalui pelbagai pendekatan.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement