Skip to main content

Selebriti

Mojoku Hilang: Mandi Dua Kali Sehari, Pengarah Dedah Mojo Diberi Layanan Seperti Selebriti - “Ada Tahap Diva Dia Tak Nak Makan…”

Mojoku Hilang: Mandi Dua Kali Sehari, Pengarah Dedah Mojo Diberi Layanan Seperti Selebriti - “Ada Tahap Diva Dia Tak Nak Makan…”

Sekilas

  • Seekor lembu bernama Mojo mendapat layanan istimewa dan dianggap seperti haiwan peliharaan oleh kru filem Mojoku Hilang.
  • Mojo suka makan pisang tetapi hanya yang segar dan dimandikan dua kali sehari sepanjang penggambaran.
  • Filem Mojoku Hilang yang dibintangi Adipati Dolken akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai.
Advertisement

Seekor lembu yang bernama Mojo bukan sekadar menjadi watak penting dalam filem Mojoku Hilang, malah turut menerima layanan istimewa sepanjang penggambaran.

Menurut pengarah, Min Lim, hubungan pihak kru produksi dan Mojo amat rapat, bahkan mereka telah menggangap Mojo seperti haiwan peliharaan mereka sendiri.

Advertisement

“Bila dah ada hubungan dengan lembu, ia sama sahaja seperti haiwan peliharaan kita. Kadang ada lah mengamuk sedikit tetapi saya banyak ‘rasuah’ dia dengan pisang. Kemudian, dia sudah bertenang. Ada tahap diva yang dia dah tak nak makan pisang yang dah dijilat, kena tukar baharu. Sama sahaja kerenah macam bela ayam dan anjing,” ujarnya.

Min turut berkata Mojo amat menyukai buah pisang. Namun, lembu itu mempunyai perangai tersendiri kerana tidak mahu nikmati pisang yang sudah dijilat sama ada oleh dirinya sendiri atau lembu-lembu lain.

Lebih menarik, Mojo turut diberi layanan seperti seorang bintang di set penggambaran. Jika kebanyakan lembu jarang dimandikan, Mojo dimandikan sebanyak dua kali sehari bagi memastikan keadaannya sentiasa bersih dan selesa sepanjang penggambaran berlangsung.

Advertisement

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem tersebut turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement