Skip to main content

Rancangan TV

Mualim Muda: Anas Dinobat Sebagai Juara Sulung, Dilantik Sebagai Duta Astro Oasis & Bawa Pulang RM30,000

mm juara

Sekilas

  • Anas dinobat sebagai juara sulung Pentas Mualim Muda dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi, pakej Umrah, serta kontrak duta dan pengurusan bernilai RM50,000.
  • Amar, Luqman, dan Asyraf masing-masing menduduki tempat kedua hingga keempat dengan hadiah wang tunai RM5,000, pakej Umrah, dan trofi.
  • Program ini menampilkan juri terkenal seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, dengan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid dan hos Haris Ismail (PU Riz) serta Fakhrul UNIC.

Pentas Mualim Muda melabuhkan tirai dengan menyaksikan Anas dinobat sebagai juara sulung program berkenaan.

Hasil kemenangan tersebut Anas berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bukan itu sahaja, Anas turut membawa pulang hadiah pakej Umrah, kontrak duta Apcel Cafe bernilai RM50,000, Kontrak Pengurusan Rocketfuel Entertainment serta dilantik sebagai duta Astro Oasis.

Tempat kedua disandang oleh Amar manakala tempat ketiga menjadi milik Luqman.

Sementara itu, Asyraf memenangi tempat keempat.

Pemenang tempat kedua hingga keempat membawa pulang wang tunai RM5,000,pakej umrah dan trofi.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.


Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement