Skip to main content

Selebriti

Nadzmi Tahan Sebak, Kapal Ardell Hampiri Red Zone - "Sampai Punya, Jaga Diri"

NADZMI SEBAK

Pelakon, Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas perbualannya bersama isteri, Ardell Aryana yang kini berada dalam misi kemanusiaan ke Gaza tular di media sosial.

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Thread, Nadzmi dilihat cuba menahan air mata sambil ditemani anak mereka namun tetap menitipkan kata semangat buat Ardell.

Advertisement

"Sampai punya, jaga diri. Semangat," ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, individu yang berkongsi potongan video itu dan menyeru orang ramai agar tidak putus mendoakan keselamatan Ardell serta pasukan yang sedang menghampiri ke Red Zone itu.

"Sempat masuk kejap live tadi. Ya Allah sebaknya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan pejuang jihad Sumud Flotilla. Mereka sudah menghampiri Red Zone. Jangan berhenti doa kerana doa itu senjata utama kita," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat situasi itu dan menitipkan doa agar urusan Ardell dipermudahkan.

Antara komen netizen:

"Ya Allah sebaknya.

"Sedihnya rasa.

"Kuatnya hati diorang. Semoga dilimpahi rahmat dalam keluarga ini.

"Allah, memang seminggu tak nak tengok live Adhwa, lagi banjir dari tengok live Ardell,"

Untuk rekod, Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza kini semakin hampir ke kawasan paling mencabar dan dijangka melepasi Red Zone dalam tempoh dua hari lagi sebelum menuju ke perairan Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement