Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Netizen Kaitkan Kejayaan Harris Dengan Azeva, Tuan Badan Tampil Bersuara - "Janganlah Nama Tu"

Netizen Kaitkan Kejayaan Harris Dengan Azeva, Tuan Badan Tampil Bersuara - "Janganlah Nama Tu"

Sekilas

  • Penyanyi Azeva meminta orang ramai berhenti kaitkan kejayaan Harris dalam Borneo Rising dengan dirinya yang juga meraih tempat keempat dalam Talk To Manager 2.
  • Azeva mendoakan kejayaan Harris dan peserta lain serta menghargai pengalaman sepanjang program tersebut.
  • Perkongsian Azeva mendapat sokongan netizen yang memberi kata-kata semangat dan mengingatkan supaya dia abaikan komen negatif.
Advertisement

Penyanyi, Azeva mencuri perhatian selepas memberi respons terhadap komen usikan netizen mengenai pencapaian Harris yang menduduki tempat keempat dalam Borneo Rising.

Menerusi perkongsian di Threads, Azeva memohon orang ramai untuk henti mengaitkan kejayaan Harris dengan dirinya yang turut memenangi tempat keempat menerusi program Talk To Manager 2.

Advertisement

“Tempat ke Azeva….Janganlah nama tu huhu,”ujarnya.

Dalam masa sama, Azeva turut mendoakan kejayaan Harris dan peserta lain dalam perjalanan seni mereka, selain menghargai segala memori dan perjalanan sepanjang di program berkenaan.

“Untuk Harris, saya doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan selepas ini. 

Advertisement

“Dan untuk semua orang yang telah menjadi sebahagian dari Borneo Rising terutama kamu semua di Sabah dan Sarawak, terima kasih atas segala cinta dan memori yang indah. 

“Saya sangat bersyukur untuk menjadi sebahagian dari perjalanan ini. Sayang awak semua banyak-banyak. Semoga kita berjumpa lagi,”katanya lagi


 

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Azeva dan berpesan agar dirinya menghiraukan komen-komen negatif tersebut.


 

Sebelum ini, Azeva dan adiknya, Ammar Haikal masing-masing meraih tempat keempat menerusi program Talk To My Manager edisi pertama dan kedua.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement