Skip to main content

Selebriti

"Pakaian Putih Bukan Bermaksud Saya Ingin Berkahwin, Saya Cuma..." - Scha Elinnea

WhatsApp Image 2026 04 29 at 2.31.33 PM
Advertisement

Pelakon Scha Elinnea mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti kebanyakan wanita.

Bagaimanapun Scha atau nama penuhnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

Advertisement

“Saya memang ada keinginan untuk berkahwin, tetapi sekarang lebih sibuk bekerja dan mencari rezeki,” katanya kepada Gempak.

Scha berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP, semalam.

Pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu turut menjelaskan dia tidak menetapkan sebarang sasaran umur untuk berkahwin.

“Saya tidak letak target umur. Insya-Allah, kalau sudah sampai jodoh dan masa yang sesuai, saya berkahwin," ujarnya.

Mengulas kapsyen ‘bye nak kahwin’ di Instagram Story, Scha berkata ia hanyalah sekadar gurauan dan menegaskan pakaian putih tidak semestinya melambangkan perkahwinan.

“Pakai baju putih tidak semestinya berkahwin. Saya cuma bergurau, tambahan pula ketika itu baru pulang dari program di Mid Valley," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement