Skip to main content

Filem

Papa Zola The Movie Pecah Rekod! ‘Showtime’ Pra-Tonton Hampir Full House Dua Minggu Sebelum Tayangan

Papa zola

Sekilas

  • Filem animasi Papa Zola The Movie akan ditayangkan rasmi pada 11 Disember 2025 dan sudah mendapat sambutan hangat dengan beberapa tayangan awal yang penuh di pawagam.
  • MONSTA dan Astro Shaw menawarkan tayangan awal bermula 6 Disember di beberapa lokasi GSC dan TGV dengan pakej menarik termasuk kad edisi terhad dan barangan eksklusif.
  • Penonton juga boleh sertai sesi istimewa pada 10 Disember di Aurum Theatre TRX dengan harga RM40 yang termasuk tiket, topeng Papa Zola, popcorn, minuman dan peluang bertemu maskot.

Meskipun hanya akan ditayangkan pada 11 Disember depan, filem animasi Papa Zola The Movie semakin hangat dan mendapat sambutan peminat apabila beberapa tayangan awal (early screening) menunjukkan status ‘full house’ di kebanyakkan pawagam.

Menerusi tinjauan yang dibuat Gempak, penjualan tiket menunjukkan ramai peminat sudah mula menyerbu laman GSC dan TGV untuk menjadi penonton terawal bagi karya terbaharu terbitan MONSTA dan Astro Shaw itu.

Khas buat peminat karakter yang mula dikenali menerusi siri animasi BoboiBoy ini, MONSTA dan Astro Shaw menawarkan tayangan lima hari lebih awal bermula 6 Disember 2025 di beberapa pawagam terpilih.

Antara lokasi yang terpilih ialah:

1)GSC IOI City Mall Putrajaya
2)GSC AEON Bandaraya Melaka
3)GSC 1 Utama, Petaling Jaya
4)GSC East Coast Mall, Pahang
5)GSC Aman Central Mall, Kedah
6)TGV Central i-City, Shah Alam
7)TGV Wangsa Walk
8)TGV Rawang
9)TGV Seremban 2
10)TGV Tebrau City, Johor

Lebih menarik, bagi tayangan awal ini, GSC menawarkan pakej seperti RM50 untuk dua tiket tayangan beserta satu kad MGC Fiesta, serta pilihan RM25 untuk satu tiket.

Manakala di TGV, penonton yang membeli pakej RM50 akan menerima Monsta Galaxy Card edisi terhad, kad Fiesta, keychain eksklusif Cimubot dan satu kombo popcorn.

Selain tayangan awal, GSC turut menyediakan sesi istimewa pada 10 Disember di Aurum Theatre TRX di mana penonton akan menerima satu tiket tayangan, satu topeng Papa Zola, popcorn dan minuman, serta peluang bertemu maskot keluarga Papa Zola dengan harga hanya RM40.

Meskipun banyak ‘showtime’ sudah hampir habis terjual namun, masih terdapat beberapa dewan di beberapa lokasi yang belum ‘sold out’.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara penonton terawal menyaksikan filem ini sebelum tayangan rasmi.

Sinopsis:

Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.

Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi aneh bersama-sama.

Jangan lupa untuk saksikan tayangan penuh filem ‘Papa Zola The Movie’ pada 11 Disember ini di pawagam berhampiran anda.

Must-Watch Video

Advertisement