Skip to main content

Berita

Pekerja Binaan Di Nepal Kongsi Detik Cemas Lari Bertempiaran Selamatkan Diri - “Oh My God! Oh My God!”

Pekerja Binaan Di Nepal Kongsi Detik Cemas Lari Bertempiaran Selamatkan Diri - “Oh My God! Oh My God!”

Sekilas

  • Seorang pekerja binaan di Nepal merakam detik cemas ketika banjir kilat besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet, memaksa mereka melarikan diri menyelamatkan nyawa.
  • Jumlah korban banjir kilat meningkat kepada sekurang-kurangnya 389 orang di Nepal, dengan lebih 900 masih hilang dalam operasi mencari dan menyelamat yang giat dijalankan.
  • Di wilayah Tibet, tiga kematian dilaporkan manakala lebih 558 orang masih hilang akibat bencana yang turut memusnahkan infrastruktur penting seperti jalan raya dan jambatan.
Advertisement

Seorang pekerja binaan di Nepal sempat merakam detik cemas apabila terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa ketika banjir kilat berskala besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Menerusi perkongsian di Instagram, video tular tersebut memaparkan beberapa pekerja bertempiaran melarikan diri selepas melihat air banjir mula memasuki kawasan mereka dengan begitu deras.

Advertisement

Individu yang dikenali sebagai Vivek itu turut kedengaran menyebut ayat “Oh my God” berulang kali sebaik menyedari banjir besar berkenaan semakin menghampiri mereka.

Rakaman berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa lega selepas mengetahui Vivek bersama rakan-rakannya berjaya menyelamatkan diri daripada bencana tersebut.

Untuk info, jumlah korban akibat banjir kilat yang melanda Nepal terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 389 orang, manakala lebih 900 lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan di kawasan terjejas di Nepal dan Tibet.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa yang terselamat selepas bencana yang berlaku pada Rabu itu memusnahkan kediaman, menenggelamkan jalan raya serta menghanyutkan jambatan di beberapa kawasan berhampiran sempadan Nepal-China.

Menurut pihak berkuasa Nepal, lebih 900 individu masih belum dapat dikesan susulan kejadian berkenaan, menjadikannya antara bencana banjir paling buruk yang pernah melanda negara itu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Di wilayah Tibet pula, sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan manakala lebih 558 orang masih hilang.


 


 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement