,
Berita

Penantian Kami Sehingga Satu Pagi Berbaloi - Acong

Syafiqah Jalal
01/04/2017
01:32 MYT
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Acong mengakui penantian anggota kumpulan Nice yang juga dianggotai Ropie dan Tauke sehingga satu pagi sangat berbaloi.
Menurut Acong, mereka terpaksa menunggu pelakon Nadia Brian menghabiskan penggambaran sehingga lewat malam untuk berbincang mengenai persembahan pada minggu ini.
"Kami terpaksa pergi ke lokasi penggambaran Nadia untuk berbincang mengenai jalan cerita yang hendak dilakukan diatas pentas.
"Ini kerana ketika itu dia sedang sibuk menjalani penggambaran dan kami harus untuk menunggu sehingga pukul satu pagi.
"Ternyata penantian itu berbaloi apabila kami berjaya untuk melakukan persembahan dengan baik dan saya juga telah merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu ini," katanya kepada Astro Gempak.
Acong ditemui ketika majlis sidang media minggu ketujuh MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.
Minggu ketujuh MLM2017 menyaksikan kumpulan Xoxo telah tersingkir selepas mendapat markah terendah.
Sementara itu, pelakon Erra Fazira telah dijemput sebagai juri jemputan dengan mengantikan Neelofa yang tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> (Maharaja Lawak Mega)
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Nak Rebut RM500,000 Bukan Main-Main!" - Kumpulan Otai Pastikan Content Fresh Setiap Minggu, Elak Ciplak Atau Repeat!

gempak
17/11/2021
14:17 MYT
Betul tu...Berjuanglah betul-betul bukan ambil jalan mudah!
Maharaja Lawak Mega 2021

“Tak Pernah Dia Teringin Kereta Mewah, Baju Branded” - Isteri Dedah Sikap Atu, Rajin Dan Humble Patutlah Sentiasa Murah Rezeki

gempak
21/10/2021
02:45 MYT
Patutlah ramai yang minat Atu, perangai memang tak berubah.
Maharaja Lawak Mega 2021

#MissK: Kumpulan Zero Berpecah? Alamak, Takkan Adik-Beradik Bergaduh Pula…

gempak
04/10/2021
10:53 MYT
Air dicincang takkan putus...
Laman Utama

12 Tahun Kahwin, Wulan Guritno Dedah Alasan Minta Cerai

gempak
25/08/2021
10:45 MYT
Mereka dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan
Hiburan

“Lepas Ni Dah Tak Degil Nak Pergi Check-Up...” – Acong Keluar Hospital

gempak
04/05/2020
15:05 MYT