Sekilas
- Seorang pengantin perempuan di Indonesia dirakam tertidur semasa majlis perkahwinannya berlangsung, video tersebut tular di TikTok.
- Walaupun lengkap dengan baju pengantin dan perhiasan, dia tetap tidur dengan mulut ternganga di atas pelamin.
- Video itu mendapat lebih 44,900 tontonan dan netizen menjelaskan pengantin itu penat kerana persiapan dari awal pagi.
Seorang pengantin perempuan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam tertidur semasa majlis perkahwinannya sedang berlangsung, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin perempuan itu sedang tidur nyenyak semasa duduk di atas pelamin.
Meskipun memakai baju pengantin dan pelbagai perhiasan, ia tidak menghalangnya untuk tidur dalam keadaan mulut ternganga.
Rakaman itu mencatatkan lebih 44,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Penat sebab persiapan dari subuh,” kata seorang netizen.
“Mekap dari pukul 3 pagi,” kata pengguna media sosial lain.
Sumber: Kosmo