Skip to main content

Antarabangsa

Pengantin Perempuan Batal Perkahwinan Selepas Lihat Wajah Bakal Suami

Rombongan pengantin lelaki yang datang dari Chhatargarh, Rajasthan akhirnya pulang dengan hampa.

Sekilas

  • Sebuah majlis perkahwinan di Firozpur, Punjab, India menjadi kecoh apabila pengantin perempuan membatalkan perkahwinan selepas melihat wajah bakal suaminya di lokasi majlis.
  • Pengantin perempuan mendakwa gambar yang ditunjukkan sebelum majlis adalah lelaki lain, menyebabkan kekeliruan dan kekecewaan pihak pengantin lelaki dari Rajasthan.
  • Pihak polis telah menerima aduan dan menjalankan siasatan, namun kedua-dua pihak akhirnya menyelesaikan isu tersebut secara baik.
Advertisement

Sebuah majlis perkahwinan di Firozpur, Punjab, India bertukar kecoh selepas pengantin perempuan enggan berkahwin dengan pengantin lelaki sebaik melihatnya di lokasi majlis.

Rombongan pengantin lelaki yang datang dari Chhatargarh, Rajasthan akhirnya pulang dengan hampa.

Advertisement

Upacara perkahwinan dikatakan belum sempat bermula ketika pengantin perempuan melihat bakal suaminya sebelum memutuskan untuk membatalkan perkahwinan.

Pengantin perempuan mendakwa gambar lelaki lain ditunjukkan kepadanya sebelum majlis, namun terkejut apabila individu lain yang muncul sebagai bakal suaminya.

Keluarga pengantin lelaki pula mendakwa perkahwinan itu diatur dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Ia tiada kaitan dengan kami kerana gambar yang didakwa telah diberikan orang tengah dan ibu pihak perempuan," kata datuk pengantin lelaki, Mahendra Singh.

Timbalan Superintenden Polis (DSP) Guru Har Sahai, Tejinderpal Singh berkata, mereka menerima aduan daripada keluarga pengantin lelaki dan telah memulakan siasatan.

"Kedua-dua pihak akhirnya menyelesaikan perkara itu secara baik," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement