Berita
“Perli Baju Macam Warna Paddle Pop? Kami Okay Je”- Devotees Tak Kecil Hati
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), kumpulan Devotees akui tidak kisah apabila warna pakaian mereka disamakan dengan aiskrim ‘Paddle Pop’.
Malah kata Adi Akmal, mereka juga tidak terasa hati atau mengambil serius tentang perkara tersebut.
“Kami tidak kisah ditegur secara terang-terangan lagi pun kami masih baru untuk program seperti ini.
“Silap kami juga sebenarnya kerana tidak memberikan penjelasan yang terperinci dengan pihak ‘wardrobe’ tentang persembahan.
“Bukan salah mereka, kami hanya minta sesuatu yang kasual dan tidak jelaskan konsep kami pada malam itu adalah lagu sedih.
“Tak mengapa, ini boleh dikatakan pengajaran dan selepas ini kami akan lebih teliti lagi.
“Kena bahan sebagai kumpulan ‘Paddle Pop’, kami tak ada masalah bahkan kami terima dengan hati terbuka.
“Kalau diberi nama timangan ‘Paddle Pop’ pun kami okay, secara tidak langsung orang akan ingat kami,” katanya sebagai wakil Devotees.
Selain Adi, Devotees dianggotai oleh Abdul Halim bin Ahmad, Muhammad bin Mohd Tawil dan Ahmad Shauqi bin Abu Kashim
Devotees telah mempersembahkan lagu berjudul Kekasih di konsert pertama GGV2.
Bagaimanpun nasib tidak menyebelahi Devotees apabila mereka diumumkan sebagai bintang yang mendapat markah terendah iaitu 50%.
[BACA: Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri]
GGV bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kedua GGV bakal membawa tema Juk Juk Mendengarnya dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Foto: Azrul Rafie
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video