Berita

"Pernah Beberapa Kali Bisu Atas Pentas, Pengsan Belakang Pentas, 'Salute' Pada Zamani" - Oja

gempak
Elrafaei Sapi
29/10/2018
05:53 MYT
Sponsor Banner
"Pernah Beberapa Kali Bisu Atas Pentas, Pengsan Belakang Pentas, 'Salute' Pada Zamani" - Oja
Insiden penyanyi popular, Zamani gagal untuk menyanyi ketika saingan program Gegar Vanganza musim kelima (GV5) malam tadi bukan saja mengejutkan peminatnya tapi mengundang persoalan ramai apakah yang sebenarnya berlaku pada penyanyi itu.
Penyanyi zaman 90-an, Daninas Huza Daud atau lebih popular dengan gelaran Oja turut meluahkan pandangannya terhadap apa yang dilalui rakannya itu.
Ujarnya, ia adalah suatu yang pengalaman yang pernah dilalui mana-mana penyanyi apabila tidak boleh menyanyi ketika berada di atas pentas.
"Pentas #GegarVaganza malam tadi telah membuktikan bahawa sukarnya mencari rezeki seperti kami (anak seni). Apa yang sahabat kami #Zamani lalui malam tadi, saya percaya di antara kami pastinya pernah lalui terutama yang menghiburkan orang pada setiap hari hingga ada yang perlu menyanyi lebih 30 lagu setiap malam.
"Saya juga di antara penggiat tersebut sejak 20 tahun yang lepas. Berapa kali dah bisu atas 'stage'. Pengsan belakang stage dan macam-macam lagi. 'Salute' pada Zamani," katanya seperti dipetik menerusi status terkini di Facebooknya, Saya Oja.
Dia juga memberitahu agar khalayak memahami situasi yang berlaku pada Zamani juga pernah berlaku pada penyanyi lain.
Bagaimanapun, ada pula pandangan dilontarkan segelintir pengamal media senior mengatakan Zamani masih dibelenggu dengan kenangan silam ketika mahu menyanyi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta yang pernah dipopularkan kumpulan Flybaits.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024