Skip to main content

Filem

"Real Talk! Banduan Dah Boleh 'Beat' Filem Asal" - Netizen Kagum Kualiti Filem Banduan, Ramal Kutipan Box Office Tinggi

Banduan

Ringkasan AI

  • Filem Banduan mendapat pujian ramai penonton tempatan kerana jalan ceritanya lebih menarik daripada filem asal, Kaithi.
  • Kekuatan penceritaan dan pengarahan mantap menjadikan Banduan antara filem aksi tempatan yang patut diberi perhatian tahun ini.
  • Reaksi positif dan pujian terhadap kualiti filem ini banyak diterima di media sosial.
  • Filem ini mula ditayangkan sejak 6 November dan merupakan adaptasi daripada filem India, Kaithi.
  • Banduan menampilkan barisan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki.

Filem Banduan kini mencuri perhatian ramai penonton tempatan apabila rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap jalan ceritanya yang disifatkan lebih menarik berbanding filem asal, Kaithi.

Kekuatan penceritaan dan pengarahan mantap karya ini sekali gus menjadikannya antara naskhah aksi tempatan yang wajar diberi perhatian tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai penonton tampil memberikan reaksi positif serta memuji kualiti naskhah tersebut.

"Dah tengok. Sumpah lagi best dari Kaithi.

"Real talk, Banduan dah boleh beat filem asal.

"Semalam dah tengok, best gila. Tak pernah saya menjerit dalam pawagam.

"Padu cerita dia, saya baru lepas tengok.

"Harap boleh box office filem ini. Dapat 5 juta pun okay," komen netizen.

Filem Banduan terbitan Number Twenty One Media mula ditayangkan sejak 6 November lalu. 

Karya arahan Kroll Azry ini merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung India, Kaithi.

Filem aksi ini mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu anak perempuannya.

Banduan turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Must-Watch Video

Advertisement