Sekilas
- Pelakon Eira Syazira menegaskan kejujuran dalam rumah tangga sangat penting dan menyembunyikan sesuatu dari pasangan boleh merosakkan hubungan.
- Menurut Eira, suami yang berbohong kepada isteri bukan sahaja menipu pasangan tetapi juga berdosa kepada Allah SWT.
- Perkongsian Eira mendapat perhatian netizen yang turut menekankan hormat-menghormati dan kejujuran sebagai asas rumah tangga bahagia.
Pelakon, Eira Syazira berkongsi pandangannya mengenai kepentingan kejujuran dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, Eira berkata sikap menyembunyikan sesuatu dari pasangan boleh menjejaskan hubungan rumah tangga.
“Rumah tangga akan rosak jika ada prinsip ini. Kalau bagitahu dia, pasti dia marah. Lebih baik jangan bagitahu. Salah satu adab dalam rumah tangga, tidak perlu mencari tau suami seperti apakah di luar sana, lihat sahaja dari rezeki dan urusannya,” tulisnya.
Mengulas lanjut, pelakon drama Meniti Bara itu berkata jika seorang suami menyembunyikan sesuatu daripada isterinya, perbuatan itu bukan sahaja dianggap sebagai satu bentuk penipuan terhadap pasangan, malah turut melibatkan kejujuran kepada Allah SWT.
Eira turut menegaskan bahawa seorang suami tidak sepatutnya menyakiti atau menzalimi isterinya sendiri, sebaliknya perlu menghargai dan memuliakan pasangan.
“Jika dipersulit bermakna dia bohong kepadamu terutama pada Allah. Kerana tidak pernah ada cerita suami itu hancur kerana memuliakan isterinya. Yang ada, suaminya itu hancur kerana menzalimi isterinya sendiri,” ujarnya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan kejujuran dan sikap saling menghormati dalam rumah tangga.
“Hormat antara satu sama lain.
“Jujurlah dalam setiap perkara, walaupun remeh bagi kita tapi tidak pada pasangan. Tiada istilah tipu sunat atau nak elak pergaduhan.
“Allah kurniakan naluri seorang isteri itu kuat. Jadi, suaminya jangan sesekali sorok atau tipu isteri. Lambat laun dia akan dapat tahu juga,” komen netizen.