Skip to main content

Selebriti

Sadiq Dedah Punca Penceraian Bapa, M.Jamil Kini Mahu Cari Pasangan Baharu - “Kami Tak Halang Tetapi…”

Sadiq Dedah Punca Penceraian Bapa, M.Jamil Kini Mahu Cari Pasangan Baharu - “Kami Tak Halang Tetapi…”

Sekilas

  • Sadiq M. Jalil dedahkan penceraian bapanya, M. Jamil dan Shahrila Markom, berpunca daripada tiada persefahaman walaupun usaha telah dibuat untuk selamatkan rumah tangga.
  • Bapa Sadiq ada hasrat untuk cari pasangan baru, namun keluarga berharap dia utamakan kesihatan terlebih dahulu sebelum itu.
  • Hubungan keluarga masih baik dan harmoni, dengan semua pihak memilih untuk berdamai dan tidak bermusuhan selepas penceraian.
Advertisement

Pelakon, Sadiq M. Jalil mendedahkan bahawa penceraian bapanya, pelakon M. Jamil bersama isterinya, Shahrila Markom berpunca daripada masalah tiada persefahaman.

Menurut Sadiq, bapanya pada awalnya telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, menurutnya, hubungan tersebut tidak dapat dipertahankan dan kedua-duanya akhirnya bersetuju untuk berpisah.

“Kalau boleh, saya nak cerita benda baik mengenai keluarga. Mereka berpisah kerana tak sefahaman.

“Mulanya, ayah saya cuba nak selamatkan perkahwinan itu tetapi itulah, kita tak boleh paksa. Akhirnya, mereka dah sepakat dan merasakan penceraian adalah jalan yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Sadiq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Kacau di TGV KLCC pada Selasa.

Dalam pada itu, Sadiq turut berkongsi bahawa bapanya ada menyimpan hasrat untuk mencari pasangan hidup baharu.

Meskipun dia dan adik-beradik tidak menghalang hasrat tersebut, namun mereka berharap agar bapanya memberi keutamaan kepada kesihatan terlebih dahulu.

“Dia ada sebut nak ada pasangan baharu. Kami, anak-anak tak pernah halang tetapi kalau boleh kami mahu dia fokus pada kesihatan dulu.

“Selepas itu, kalau nak cari baharu ke apa, kami akan sentiasa sokong dan hormat keputusannya,” ujarnya.

Mengulas mengenai hubungan keluarga, Sadiq memberitahu bahawa hubungan mereka bersama ibu masih baik dan masing-masing tidak mahu bermusuhan.

“Alhamdulillah, bapa dan mak dah berdamai. Kami adik-beradik pun tiada masalah dengan ibu tiri kerana adik pun ada yang dijaganya.

“Kalau boleh nak berbaik sahaja, tak mahu bermusuh,” kongsinya.

Sekadar info, M. Jamil dan Shahrila sah bercerai talak satu pada 28 Oktober lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9.

Dalam perkembangan lain, Sadiq turut membintangi filem Kacau yang bakal menemui penonton pada 12 November ini.

Selain Sadiq, filem yang diadaptasi daripada novel karya Ariff Adly itu turut menampilkan Idan Aedan, Kerisyah Kemal, Fimie Don, Arfie Shah, Evanatie Sannie dan Nurel Baharin.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement