Skip to main content

Berita

Sambutan HKHM: Jalan Di Putrajaya Mula Dipenuhi Orang Ramai Seawal Jam 4 Pagi

Sambutan HKHM: Jalan Di Putrajaya Mula Dipenuhi Orang Ramai Seawal Jam 4 Pagi

Sekilas

  • Orang ramai mula berkumpul seawal jam 4 pagi di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan lokasi terbaik menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
  • Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bermula jam 7 pagi di Dataran Putrajaya dengan kemudahan 15,000 petak parkir dan perkhidmatan bas ulang-alik percuma disediakan untuk memudahkan kehadiran orang ramai.
  • Suasana meriah dan semangat patriotisme tinggi jelas kelihatan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang sepanjang sambutan berlangsung.
Advertisement

Jalan-jalan utama di sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan mula dipenuhi seawal jam empat pagi apabila orang ramai mula hadir bagi mendapatkan lokasi terbaik untuk menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang akan berlangsung pagi ini.

Kehadiran awal mereka mencerminkan keterujaan untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah sambutan kemerdekaan negara.

Advertisement

Walaupun perlu menunggu selama beberapa jam sebelum acara bermula, orang ramai tetap bersemangat dan mematuhi arahan pihak keselamatan.

Suasana yang meriah jelas memperlihatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.

Kehadiran luar biasa sejak awal pagi membuktikan bahawa semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Sambutan HKHM bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi lambang perpaduan, keharmonian dan rasa bangga terhadap tanah air yang tercinta.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dijadual berlangsung bermula jam 7 pagi di Dataran Putrajaya.

Sebanyak 15,000 petak parkir kenderaan awam disediakan di beberapa lokasi sekitar sini bagi memudahkan orang ramai menghadiri sambutan tersebut, menurut satu hantaran di Facebook Merdeka360.

Daripada jumlah itu sebanyak 3,500 petak parkir disediakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 9 (3,000), masing-masing 2,500 petak parkir di Presint 1 dan Presint 18, Presint 8 (2,000) dan Terra@8, Presint 8 (1,500).

Selain kemudahan parkir, orang ramai turut mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma, Transit Aliran Massa (MRT) dan Express Rail Link (ERL) untuk ke Putrajaya sempena sambutan berkenaan. 

Bagi perkhidmatan bas ulang-alik percuma laluan MS01 dari MRT/Terminal Putrajaya Sentral ke Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 beroperasi selama 24 jam tanpa henti bermula 2 petang semalam hingga 2 petang hari ini.

Sumber: Astro AWANI


 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement