Skip to main content

Selebriti

"Saya Bukan Datang Ke Set Suka-Suka & Mahu Menyentuh Anak Orang" - Nabila Huda Perjelas Babak Mesra Bersama Hun Haqeem

"Saya Bukan Datang Ke Set Suka-Suka & Mahu Menyentuh Anak Orang" - Nabila Huda Perjelas Babak Mesra Bersama Hun Haqeem

Sekilas

  • Nabila Huda berkongsi pengalaman kekok dan gementar ketika menjalani babak sentuhan bersama Hun Haqeem dalam drama Cela, yang merupakan kali pertama mereka bekerjasama.
  • Dia menegaskan bahawa sebagai pelakon, dia melihat Hun sebagai watak Kaer dan fokus pada konteks serta niat babak, bukan pada sentuhan semata-mata.
  • Nabila juga menekankan profesionalisme mereka di set, di mana apa yang berlaku hanyalah tuntutan watak dan tidak dibawa ke luar set.
Advertisement

Pelakon, Nabila Huda berkongsi pengalaman menjayakan babak melibatkan sentuhan bersama Hun Haqeem menerusi drama Cela.

Nabila yang memegang watak sebagai Datuk Anees mengakui berasa kekok dan gementar untuk melakukan babak berkenaan lebih -lebih lagi ia merupakan gandingan pertama mereka.

Advertisement

“Ini merupakan kali pertama saya bekerja dengan Hun dan kami terus diberikan hubungan watak yang sangat mencabar kerana hubungan Anees dan Kaer sangat kompleks serta intim.

“Pada awalnya, sudah tentu saya rasa kekok dan sangat gementar apabila perlu melakukan babak berdua dengan Hun. Hun pun sebenarnya sangat gementar.

“Tetapi selepas kami memahami babak, mengetahui batas masing-masing dan faham apa yang pengarah mahukan, semuanya menjadi kerja,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Nabila berkata demikian ketika menghadiri sidang media drama Cela terbitan Viu di TGV KLCC pada Rabu.

Menurut Nabila, dia tidak melihat Hun sebagai seorang lelaki muda yang perlu disentuh, sebaliknya dia membayangkan dirinya sedang berdepan dengan karakter Kaer.

“Saya tidak melihat Hun Haqeem sebagai lelaki muda yang perlu saya sentuh. Saya melihat dia sebagai Kaer dan saya menjadi Anees. Itu tugas saya sebagai pelakon.

“Hun seorang pelakon yang sangat profesional dan mudah untuk saya jadikan 'sparring partner' kerana dia mendengar, memberi respons dan yang paling penting, kami saling mempercayai sebagai pelakon.

“Bila saya berada dalam sesuatu babak, saya bukan Nabila Huda. Saya adalah Anees. Setiap interaksi fizikal dalam babak itu ada sebab, arahan dan konteksnya,"ujarnya.

Katanya lagi, dia lebih melihat kepada tujuan dan jalan cerita sesuatu babak berbanding hanya fokus kepada sentuhan yang dipaparkan.

Nabila turut menegaskan apa yang berlaku di hadapan kamera hanyalah sebahagian daripada tuntutan watak dan tidak dibawa ke luar set.

“Kadang-kadang penonton nampak satu sentuhan dan terus memberi fokus kepada perkara itu. Tetapi sebagai pelakon, saya lebih melihat kepada niat di sebalik sesuatu babak.

“Saya bukan datang ke set suka-suka dan mahu menyentuh anak orang. Semuanya berdasarkan jalan cerita dan sudah tentu ada batas yang perlu dijaga.

“Orang yang mengenali saya pasti faham, saya datang ke set untuk bekerja, bukan mencari percintaan. Jadi apabila pengarah kata ‘action’, saya masuk ke dalam watak dan apabila pengarah kata ‘cut’, saya kembali menjadi diri sendiri,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Must Watch Video

Advertisement