Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob mengakui masih berbuat baik dan menghormati wanita yang pernah hadir dalam hidupnya kerana mereka ada sejarah bersama.
- Fazley percaya pengalaman dengan bekas pasangan mengajar dirinya menjadi insan lebih baik walaupun pernah ada luka hati.
- Dia menggunakan analogi karipap untuk menggambarkan proses move on dan belajar dari pengalaman lalu.
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui dirinya masih berbuat baik dan menghormati wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya.
Menurut Fazley, dia berbuat sedemikian kerana mereka pernah ada sejarahnya tersendiri, malah banyak mengajari dirinya untuk menjadi orang yang lebih baik.
“Saya okay sahaja kalau bertembung dengan ex. Saya tetap akan salam dan tunjuk rasa hormat. Hormati ‘sejarah’ yang pernah terhasil. Tanpa ex, kita tidak akan mampu jadi yang lebih baik,”tulisnya.
Dalam masa sama, Fazley berkata meskipun bekas pasangan pernah meninggalkan luka di dalam hatinya, namun dia memandang perkara tersebut ke arah positif dan menjadikannya sebagai pengajaran berguna.
“Waktu terluka dahulu, mestilah akan berdarah tetapi parut pastinya akan menjadi pengajaran yang terbaik.
“Macam beli karipap. Ada masanya terbeli karipap berinti angin, walaupun luarannya nampak penuh. Move on dan belajar. Lebih baik cari karipap yang nampak biasa tetapi inti dia penuh ketika gigitan pertama hingga yang terakhir,”ujarnya.