Skip to main content

Selebriti

"Saya Tak Buat-Buat Perasaan Itu” - Athalia Akui Pernah Terperangkap Dalam Hubungan 'Abusive', Emosi Tersentuh Ketika Berlakon

Athalia Hubungan Toksik

Ringkasan AI

  • Athalia pernah mengalami hubungan abusive ketika muda dan pengalaman itu kembali menghantui semasa penggambaran drama BF Green Flag.
  • Beberapa babak dalam drama tersebut mencerminkan pengalaman sebenar Athalia, terutama babak marah dan pukul.
  • Athalia mendapat sokongan rakan artis di lokasi penggambaran yang membantu dia mengatasi perasaan lama itu.
  • Drama BF Green Flag mengisahkan watak Adella yang menutup hati selepas dikhianati dan bertemu lelaki ‘green flag’ bernama Alfa.
  • Siri ini mempunyai 20 episod, disiarkan setiap Khamis jam 12 tengah hari di MYTV Mana Mana mulai 13 November.

Penyanyi dan pelakon, Athalia mendedahkan bahawa dia pernah melalui hubungan abusive ketika di usia muda.

Athalia atau nama penuhnya Athalia Deena Buswani berkata memori gelap itu kembali menghantui dirinya semasa menjalani penggambaran drama terbaharunya, BF Green Flag.

"Saya pernah berada dalam hubungan yang abusive walaupun saya masih muda. Mungkin sebab lelaki yang saya ada hubungan itu lebih berusia dari saya. Ada beberapa babak seperti babak marah dan kena pukul itu sebenarnya saya tak buat-buat perasaan itu.”

Katanya, ada beberapa babak dalam siri tersebut berlaku secara semula jadi kerana dia terlalu hanyut dengan emosi watak yang dibawa.

"Bila mereka dah cut, saya masih dalam karakter tersebut. Drama ini sebenarnya banyak mengajar saya dan 50 peratus watak tersebut sangat berkait dengan saya," katanya ketika ditemui Gempak.

Athalia berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran drama BF Green Flag di Studio Village pada Rabu.

Anak sulung kepada penyanyi Sharifah Zarina itu turut bersyukur kerana rakan-rakan artis banyak membantunya mengatasi perasaan tersebut dan sentiasa memberi sokongan ketika di lokasi penggambaran.

"Sangat susah untuk saya overcome dari kisah lalu sebab bila saya dalam drama ni, ia buatkan saya terfikir semula walaupun saya dah tutup buku. Tapi apa yang membantu saya ialah kehadiran rakan-rakan artis di lokasi yang banyak bercakap dengan saya dan sangat boleh dipercayai. Kami berkongsi pengalaman dan cerita. Saya rasa selamat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Athalia turut membintangi drama BF Green Flag dengan memegang watak sebagai Adella.

Bintang lain yang turut menghidupkan naskhah ini termasuk Syazwan Razak, Azhan Rani, Dafi, Syahmie Thsa-Qeef, Amir Mirza, Khaleed Asyarief, Uchee Fukada, Iman Suhana, Dottie Syuhada dan ramai lagi.

Siri Originals arahan Kamal Husni ini menampilkan 20 episod berdurasi tujuh minit setiap satu, yang akan disiarkan setiap Khamis, jam 12.00 tengah hari, eksklusif di MYTV Mana Mana bermula 13 November ini.

BF Green Flag mengisahkan Adella (Athalia) yang menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas dikhianati dalam hubungan toksik. Namun, takdir menemukan dia dengan Alfa (Syazwan Razak), seorang lelaki yang ‘green flag’.

Must-Watch Video

Advertisement