,
berita

Sekali Lagi Belakang Pentas AF Megastar Dipecah Masuk Peminat Fanatik!

Syafiqah Jalal
30/09/2017
05:28 MYT
Jika dua minggu lalu, seorang peminat tegar AF Megastar menyelinap masuk ke belakang pentas ketika konsert sedang berlangsung, Ahad lepas perkara sama berulang lagi!
Menerusi sebuah video di Instagram (IG) Akademi Fantasia, memaparkan seorang peminat dikenali sebagai Aizat Arshad, sekali lagi curi-curi masuk ke belakang pentas AF Megastar.
Kali ini, vlog peminat itu menunjukkan Aizat dengan selamba masuk ke belakang pentas dan sempat menemubual beberapa bintang AF Megastar.
Antara bintang yang sempat ditemui ialah Ewal, Syamel dan Amir Jahari dan menerusi video tersebut Aizat sempat bergurau senda bersama mereka!
Sungguh berani! Tetapi yang peliknya, tiada siapa yang berani menghalang pemuda berasal dari Sarawak itu.
Difahamkan, vlog itu dirakam menggunakan telefon pintar Vivo V7plus yang kualiti gambar dan videonya sangat cantik dan menarik.
Namun pihak AF Megastar masih tertanya-tanya siapa Aizat ini sebenarnya? Bagaimana dia boleh masuk belakang pentas tanpa halangan?
Vivo V7plus merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi kamera hadapan 24 megapixel, 16 megapixel kamera belakang, mempunyai paparan skrin penuh mempunyai cahaya 'new selfie softlight' ketika berswafoto di dalam gelap dan menariknya mempunyai 'face beauty 6.0 mode' untuk kualiti gambar yang cantik.
Selain itu, Vivo V7plus sesuai digunakan untuk menghasilkan kualiti gambar seperti seorang juru foto amatur dengan spesifikasi Bokeh Mode, 52 megapixel Ultra HD Photos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video