Berita

Siapa Bakal Bergelar Juara Super Spontan Xtravaganza?

Rozaimi Zubaidi
21/09/2018
07:48 MYT
Program Super Spontan Xtravaganza (SSX) sudah berada di penghujungnya dengan menyaksikan enam peserta bakal berentap dan seorang bintang bakal dinobatkan sebagai juara pada malam ini.
Finalis SSX iaitu Izzue Islam, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Fad Bocey dan Joey akan berentap secara individu untuk merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000
Pastinya cabaran pada malam ini akan menjadi sengit kerana finalis SSX ini terdiri daripada pelawak, penyanyi, penyampai radio dan pelakon.
Gempak merangkumkan perjalanan enam finalis SSX:
Izzue Islam
Kehadiran Izzue pada awalnya amat diragui oleh banyak pihak memandangkan latar belakangnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Ternyata prestasi Izzue setiap minggu semakin meningkat sehingga mendapat banyak pujian daripada penonton.
Idea-idea yang digunakan oleh Izzue sangat kreatif dan dia berjaya membimbing pasukannya, Sotong Kangkung dengan baik sekali.
Atu Zero
Walaupun seringkali dianggap sebagai duri dalam daging untuk pasukannya namun Atu mempunyai idea yang tersendiri untuk menghiburkan penonton.
Gayanya yang bersahaja seringkali menambat hati penonton dengan penggunaan bahasa Sabah.
Shahrol Shiro
Shahrol berjaya mengekalkan prestasinya setiap minggu dan menggunakan idea yang kretif ketika bermain.
Tidak dinafikan bahawa kadangkala idea yang digunakan oleh Shahrol seperti tidak menjadi namun dia berjaya mencari idea yang baru untuk menghiburkan penonton dengan bantuan peserta yang lain.
Achey Bocey
Jenaka yang digunakan oleh Achey pastinya dekat dengan orang ramai dan kadangkala dia bijak menggunakan isu semasa sebagai bahan untuk membuatkan penonton ketawa.
Boleh dikatakan sebagai peserta lama yang bermain untuk super spontan namun kehadiran Achey pastinya dinantikan setiap minggu oleh peminatnya.
Fad Bocey
Segalanya seperti tidak menjadi apabila Fad diberi peluang untuk menjadi ketua pasukan Lobster Leleh.
Mungkin percaturan yang dilakukan oleh mereka ini kurang menjadi daripada kumpulan Sotong Kangkung. Namun Fad bijak dalam menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu pasukannya supaya mampu memberi saingan setiap minggu.
Joey
Kehadiran Joey dalam SSX ini dilihat telah memberi saingan yang hebat kepada pelawak-pelawak yang ada dengan idea jenaka yang digunakan sangat kreatif.
Dia menggunakan pengalaman yang ada untuk mencari identiti sendiri untuk menghiburkan penonton. Walaupun sering bertukar kumpulan, namun perkara itu tidak menjadi masalah buat Joey untuk melayakkan diri ke peringkat akhir SSX.
Jangan lupa untuk menyaksikan SSX akhir pada malam ini yang bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

SSX: "Jika Saya Bagus, Saya Tidak Kisah Bergelar Juara, Tapi ....." - Achey

gempak
21/09/2018
08:15 MYT
Berita

SSX: "Pilih Juara Yang Betul-Betul Layak, Bukan Sekadar Populariti" - Fad Bocey

gempak
21/09/2018
07:55 MYT
Berita

SSX: Bakal Bergelar Juara, Ini Komen Joey

gempak
20/09/2018
05:53 MYT
Berita

"Sudah Lama Menanti Untuk Dapat Anak, Takkan Nak Suruh Orang Jaga Pula" - Achey

gempak
20/09/2018
03:32 MYT
Berita

“Saya Nampak Seperti Arwah Mak Ada Di Depan Ketika Atas Pentas” - Joey

gempak
18/09/2018
04:00 MYT