Skip to main content

Selebriti

Spacedollah Dedah Syed Saddiq Berlatih Lafaz Nikah Sebanyak 99 Kali - “Akhirnya Kami Gembira Mereka Berdua Dah Sah”

Spacedollah Dedah Syed Saddiq Berlatih Lafaz Nikah Sebanyak 99 Kali - “Akhirnya Kami Gembira Mereka Berdua Dah Sah”

Sekilas

  • Abang Syed Saddiq, Spacedollah, berkongsi cerita lucu tentang Saddiq yang baca lafaz akad nikah sampai 99 kali sebab terlalu gemuruh.
  • Spacedollah dan keluarga sangat teruja dengan majlis perkahwinan yang bukan sahaja menyatukan Saddiq dan Bella, tapi juga anak-anak Bella, Ayden dan Ara.
  • Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 10.40 pagi dan kisah mereka boleh ditonton dalam program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Astro Ria mulai 6 Oktober 2026.
Advertisement

 

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Spacedollah memberikan pesanan dan kata-kata semangat buat adiknya dan pasangan, Bella Astillah.

Advertisement

Menurut Space Dollah atau nama penuhnya Syed Abdul Rahman Syed Abdullah, Syed Saddiq telah cuba membaca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali akibat terlalu gemuruh untuk disatukan dengan Bella

“Bella kamu sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain. Sebagai keluarga, kami terima kamu siapa diri kamu hari ini dan sejak kenal kamu

“Kepada Saddiq. Saya tahu awak sedang gemuruh sebab awak baca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Dalam masa sama, Dollah mengakui dirinya dan sekeluarga amat teruja dan gembira sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung.

Baginya majlis penyatuan hati itu bukan sahaja melibatkan Syed Saddiq dan Bella, namun menghubungkan ikatan bersama anak-anak Bella iaitu Ayden dan Ara juga.

“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara. Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang outstanding,” ujarnya.

Ditanya mengenai sama ada Syed Saddiq ada meluahkan sebarang kerisauan terhadapnya, Dollah berkata dia hanya mahu mengikat perut sebelum menjelang hari bahagia kerana ingin memastikan dirinya kelihatan sempurna.

“Dia tak cakap kerisauan dia cuma lapar. Dia sengaja laparkan diri sebab dia nak hensemkan diri dia lagi,”kongsinya.

Untuk info, Bella dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.

Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement