Skip to main content

Selebriti

Stress Ditipu RM30,000, Jurumekap Pelakon Wanita Terkenal Kena Strok Otak - "Kau Tunggu Aku Cari Kau..."

Salina Saibi Scam

Pelakon, Salina Saibi berkongsi khabar duka apabila jurumekapnya, Solleh Abdul Rashid dikejarkan ke hospital selepas disahkan terkena strok otak.

Difahamkan, Solleh menjadi mangsa penipuan scammer sehingga mengalami kerugian mencecah RM30,000, sekali gus memberi tekanan emosi yang teruk kepadanya.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Salina dilihat sebak sambil membersihkan wajah Solleh dengan tisu basah, selain memaklumkan rakannya itu rebah akibat darah tinggi yang naik mendadak.

“Terus doakan beliau. Sihat je pada mulanya. Jatuh akibat darah tinggi naik mendadak, terlalu stress kena strok otak disebabkan discam RM30K,” tulis Salina.

Dalam masa sama, pelakon yang terkenal menerusi Gerak Khas itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kegiatan scammer yang semakin berleluasa.

“Hati-hati gais! Scammer semakin bermaharajalela. Eh, ko tunggu aku cari kau sampai dapat. Masih dalam siasatan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain menitipkan doa agar Solleh kembali pulih seperti sedia kala.

“Semoga dipermudahkan Allah segala urusan Sis Salina.

“Ya Allah, semoga diberikan kesembuhan segera.

“Stay strong kak As, semoga cepat sembuh,” komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement